Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

31 Dec 2011

Salam Perpisahan : Kakitangan Sambilan & En. Mohd Damanhuri

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera.  Setiap pertemuan lumrahnya pasti akan diakhiri dengan perpisahan... tapi tak mustahil akan ada pertemuan semula... dan perpisahan semula... dan pertemuan semula... dan seterusnya... - Pada hari  Jumaat, 30 Disember 2011, satu majlis perpisahan dan penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan sambilan telah diadakan di POG. Mereka yang akan tamat kontrak pada hari ini tak dinafikan...
Baca selanjutnya...

19 Dec 2011

Taklimat PHP @ Selesa Beach Resort

Selesa Beach Resort... memang selesa! Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera. 15-17/12/2011 (Khamis-Sabtu) - Semua anggota tetap di JP Selangor yang terlibat dalam Pungutan Harga Pengguna menghadiri Taklimat Penyalinan Buku PHP sesi 1/2012 bertempat di Selesa Beach Resort, Port Dickson. Taklimat tersebut disampaikan oleh Cik Saadiah Ahmad, Timbalan Pengarah BPHPP. Pada hari terakhir (Sabtu), Ketua Perangkawan yang baru dilantik,...
Baca selanjutnya...

13 Dec 2011

Futsal Persahabatan POG vs POK

 Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera. 12/12/2011 (Isnin) - Hari cuti am sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Satu kejohanan futsal persahabatan telah diadakan antara P.O Gombak menentang P.O Kajang bertempat di gelanggang futsal Jln. Reko, Kajang. Masing-masing menghantar 2 pasukan  iaitu pasukan Kajang A (anggota tetap), Kajang B (sambilan), Gombak A (tetap) dan Gombak B (sambilan). Perlawanan dijalankan secara liga sepusingan di mana berkesudahan dengan Kajang B menjadi juara diikuti Gombak B sebagai naib juara. Pasukan Gombak A di kedudukan ketiga manakala...
Baca selanjutnya...

4 Dec 2011

Hari Keluarga JP Selangor @ Wet World Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera. klik gambar untuk besarkan 3/12/2011 (Sabtu) - Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial JP Selangor (KSKS) telah menganjurkan Hari Keluarga JP Selangor bertempat di Taman Tema Air Wet World, Shah Alam. POG hanya berkesempatan menghantar 2 wakil yang ada kelapangan masa iaitu En. Rosli & En. Azeman bersama keluarga masing-masing. Suasana kelihatan meriah dengan pelbagai aktiviti & permainan...
Baca selanjutnya...

29 Nov 2011

Salam Maal Hijrah 1433, Jangan lupakan En. Razak

Doa Awal tahun Hijrah  yang bermaksud... Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang...
Baca selanjutnya...

19 Nov 2011

Ceramah Motivasi dan Perjumpaan Bersama Pengarah

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera. Satu perjumpaan bersama Pengarah telah diadakan pada hari Jumaat, 18 November 2011 di Pejabat Operasi Gombak. Sempena kedatangan beliau, satu sessi ceramah motivasi telah diadakan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Psikologi HQ Putrajaya, Pn. Sharifah Sakinaz Nur Azah bt. Syed Mohamed Fadzillah. Memang molek sangat pagi Jumaat yang indah ini diisi dengan majlis ilmu sebegini. Intipati penting dalam ceramah tersebut adalah: - Pentingnya komunikasi yang berkesan agar apa yang kita mahu ucapkan atau sampaikan dapat difahami dan ditafsirkan...
Baca selanjutnya...

12 Nov 2011

Majlis Bacaan Yaasiin & Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Murni

Kepada Semua Anggota beragama Islam, Assalamu’alaikum w.b.t, Tuan/Puan, Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatan Kuasa Penerapan Nilai-Nilai Murni, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan majlis bacaan surah Yaasiin dan ceramah penerapan nilai-nilai murni seperti berikut :- Penceramah   :           Y/bhg. Ust. Ghazali Akhbar bin Arshad                                   ...
Baca selanjutnya...

17 Oct 2011

Berkampung di Kalumpang Resort

- Sekitar program kerja luar & pengisian borang Banci Ekonomi 2011 (P.O.G) di daerah Hulu Selangor. - Disertai oleh semua kakitangan yang terlibat dengan operasi luar Banci Ekonomi (Tetap & Sambilan) - letak gambar je sebab admin malas nak menulis...sibuk edit bora...
Baca selanjutnya...

15 Oct 2011

Selamat Jalan & Selamat Datang

Selamat Jalan walaupun agak sedih, Pojie memaksa dirinya untuk tersenyum - Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan Fauzi Muhammad yang juga merupakan AJK Sukan K-POG. Beliau yg kini telah mendapat taraf kerakyatan Kg Sg. Tekali, Hulu Langat sejak berkahwin pada Jun lalu, memohon untuk bertukar suka sama suka ke HQ Putrajaya dan mula melapor diri pada 17 Okt. 2011.  K-POG mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan dan komitmen...
Baca selanjutnya...

8 Oct 2011

Majlis Bacaan Yaasiin & Tazkirah

Seperti biasa, pada hari Jumaat pertama setiap bulan  majlis bacaan Yaasiin akan diadakan di Pejabat Operasi Gombak. Namun kali ini agak istimewa kerana diserikan dengan penampilan khas Ustaz Ali Omar, Imam 1, Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes, Rawang. Beliau memimpin bacaan Yaasiin seterusnya menyampaikan tazkirah berkisar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam hidup kita. Antara intipati tazkirah beliau : 1. Pentingnya...
Baca selanjutnya...

18 Aug 2011

Berpisah jua : Abdillah bin Yusop

Salam. Lama juga tak menulis di ruangan ini memandangkan terlalu sibuk dengan kerja-kerja hakiki yang perlu disiapkan segera.  wahh...senyum lebar nampak! ~ 18 Ogos 2011; POG kehilangan seorang lagi anggota yang cukup berdedikasi iaitu En. Abdillah b. Yusop, kerana permohonan beliau untuk bertukar balik ke Kuching, Sarawak telah diluluskan. Beliau yang baru berkahwin pada bulan Jun yang lalu nampaknya tidak dapat bertahan dan bersabar lagi...
Baca selanjutnya...

15 Jun 2011

Laporan Suku Tahunan ke-2/2011

Lama tak berupdate dah blog ni sebab adminnya perasan sibuk. Mintak tolong kawan2 lain jadi admin pun semuanya perasan sibuk juga. Jadi kita buat laporan peristiwa & aktiviti kelab secara suku tahunan je lah. PERPISAHAN POG mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di tempat baru.  ~ 14 April 2011; Satu majlis perpisahan diadakan sempena pertukaran En. Zulkifly b. Mat Yunos ke Jabatan Perangkaan Negeri Perak (Ipoh) berkuatkuasa 18...
Baca selanjutnya...

9 Apr 2011

Mesyuarat Agung KSKS

Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 KSKS Tarikh : 8 April 2011 Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Auditorium SIRIM, Seksyen 2 Shah Alam. Tahniah kpd sdr Azeman Shaari kerana berjaya mempertahankan kerusi AJK KSKS tahun 2011/2012. Habis tu, dah dia sorang je calon dari P.O Gombak, secara automatik la dia menang. Apahal pun, kami di P.O Gombak bangga denganmu Azeman. *gambar2 dicilok dari mamaaryan...
Baca selanjutnya...

31 Mar 2011

Meja Ping Pong sudah mari...

Meja ping pong yg dipesan sudah sampai. Sumber kewangan? Dari kutipan sumbangan ahli kelab yg berminat, kelab cuma dulukan duit je. Semoga dimanfaatkan sebaik-baiknya. Main waktu rehat atau lepas waktu kerja saja yeeee...
Baca selanjutnya...

14 Mar 2011

Majlis kenduri cukur jambul, aqiqah & doa selamat Mohd Fadzly

Assalamualaikum... Tajuk tu macam ada yg tak kena je kan?. Sebenarnya bukanlah Mohd Fadzly yg di'aqiqah & dicukur jambulnya... dah tua bangka macam tu nak cukur jambul apa lagi ye tak? Dah jadi bapak budak pun. comeynye......gambar dicilok dari FB Fadzly  Kisah benarnya kawan kita Fadzly telah mengadakan kenduri aqiqah, cukur jambul & doa selamat sempena kelahiran putera sulungnya Muhammad Danieal Razi'in yg kini hampir berusia...
Baca selanjutnya...

9 Mar 2011

Apix dah jadi papa

Kelab POG mengucapkan tahniah kpd Mohd Afiq Aizzuddin & isteri di atas kelahiran cahayamata sulung mereka pada 8 Mac 2011. tengah tidur pun senyum...(gambar dari FB) Bayi lelaki seberat 2.75 kg dilahirkan secara pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, diberi nama Muhammad Rayyan Naufal...panjangnya nama dia. Kesian dia nak tulis nama sendiri nanti tambah pulak nama papanya yg panjang gak...hehe! Kpd Apix & isteri,...
Baca selanjutnya...

Sukan Antara Zon 2011

Pada 4-6 Mac 2011, Sukan Antara Zon ke-9 Jabatan Perangkaan Malaysia telah diadakan di Negeri Sembilan. POG hanya menghantar seorang wakil yang memang dirasakan boleh pergi jauh dan boleh dibawa ke tengah, iaitu sdra.Rozan Sulaiman.  Beliau yang kelihatan agak berkaliber dalam sukan bolatampar telah terpilih utk mewakili pasukan bolatampar Zon Tengah. Namun mungkin akibat kurang keserasian dan persefahaman sesama pemain, pasukan bolatampar...
Baca selanjutnya...

2 Mar 2011

Ahli Baru

Jawatan Penolong Pegawai Perangkaan E27 di P.O Gombak telah lama kosong sejak setahun yg lalu yg kali terakhir disandang oleh Cik Norhafiza Mohamed Rashid. Hari ini 1 Mac 2011 P.O Gombak mendapat seorang PPP E27, En. Mohd Damanhuri b. Abdul Aziz yg sebelum ini bertugas di HQ Putrajaya. Secara tak langsung, Kelab POG juga menerima ahli baru la. Kepada En. Damanhuri bersedialah untuk menerima kedatangan bendahari kelab (merangkap ahlong) utk dikutip yuran bulanan dengan rela hati. Sekian terima kas...
Baca selanjutnya...

27 Feb 2011

Team Building @ Dusun Eco Resort

Dalam kesibukan kerja, sempat juga POG mengadakan program team building kat Dusun Eco Resort, Bentong, bertujuan untuk meningkatkan semangat berpasukan dan silaturrahim sesama anggota. Disertai juga 6 org wakil dari P.O Kajang. Hari Pertama;  26 Feb. 2011 (Sabtu)  klik pada gambar utk besarkan saiz ~ 8.30 am, berkumpul dan bertolak dari pejabat, sampai di Dusun Eco Resort pada 9.30 am. Check in dan sarapan nasi bungkus. Lepas...
Baca selanjutnya...

22 Feb 2011

Baju Kelab

~ Projek pertama yg dirancang tahun ni adalah membuat baju kelab. Kos untuk ahli ditanggung separuh oleh kelab. ~ Bakal dipakai setiap ahli POG ketika menyertai mana-mana aktiviti luar misalnya hari keluarga, lawatan dan sebagainya... biar nampak seragam dan melambangkan semangat bersatu hati sesama anggota POG. ~ Ahli juga digalakkan menempah utk ahli keluarga/bakal keluarga masing-masing agar mereka dapat berkongsi kebanggaan menjadi sebahagian...
Baca selanjutnya...

~Tahniah Ayu & Rezza~

Kelab POG mengucapkan tahniah kpd Norhidayu Md Shukor & suami di atas kelahiran cahayamata sulung mereka pada 4 Feb 2011. (my Kid no: 11020401****) (anak Johor tuw)...kih3 Bayi lelaki seberat 3.2 kg dilahirkan secara Normal di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar diberi nama Muhammad Zaffer Hamshah bin Mohd Shah Rezza...panjangnya nama dia. Kesian dia nak tulis nama sendiri nanti tambah pulak nama abahnya yg panjang gak...hehe!  Kpd...
Baca selanjutnya...

20 Feb 2011

Salam Pengenalan

Assalamualaikum & salam sejahtera, Seiring dgn perkembangan teknologi maklumat, rasanya ada keperluan utk mewujudkan blog Kelab P.O.G ini sebagai wadah perkongsian maklumat sesama ahli kelab khususnya dan rakan-rakan sejabatan di HQ Shah Alam & P.O Kajang amnya. Maka pada awal tahun 2011 ini, lahirlah blog ini utk melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab namun dalam gaya bahasa yg agak santai, tak perlulah nak formal sangat kan? Sekian dulu utk kali ni... HIDUP K-...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.