Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

27 Mar 2023

Survei Bazar Ramadan 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bila tiba bulan Ramadan, pasti ada bazar Ramadan. Sempena bulan Ramadan bermula pada 23 Mac sehingga 21 April 2023, anggota Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor telah membuat lawatan ke gerai-gerai terpilih untuk melaksanakan Survei Bazar Ramadan di bazar-bazar Ramadan terpilih di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).Tujuan utama...
Baca selanjutnya...

22 Mar 2023

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-22 Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial (KSKS) DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 22 Mac 2023 (Rabu) : Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-22 Kelab Sukan Kebajikan Sosial (KSKS) Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (DOSM Selangor) telah diadakan bertempat di Dewan Ballroom Institut kesihatan Negara (NIH), Setia Alam.Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :1)   Ucapan Pengerusi KSKS Sesi 2021/2022;2)   Pembentangan dan meluluskan Laporan Tahunan...
Baca selanjutnya...

Perjumpaan Pengarah Bersama Anggota DOSM Selangor & Tazkirah Ramadan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 22 Mac 2023 (Rabu) : Sesi Perjumpaan Pengarah DOSM Selangor, Puan Hartini binti Yaacob bersama warga DOSM Selangor telah diadakan bertempat di Dewan Ballroom Institut Kesihatan Negara, Setia Alam. Seluruh warga DOSM Selangor termasuk dari Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Pejabat Operasi Gombak (POG) hadir pada majlis ini.Majlis turut diisi dengan Penyerahan Watikah Kenaikan Pangkat...
Baca selanjutnya...

12 Mar 2023

Treking ke Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 12 Mac 2023 (Ahad) - Beberapa orang anggota POG telah menyertai aktiviti treking ke Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu. Perjalanan kira-kira 12km pergi balik, laluan pun santai-santai sahaja dan tidak perlu mendaki cerun curam. Sekali-sekala buat aktiviti sihat begini dapat juga menenangkan fikiran setelah penat otak bekerja. Tak percaya lihatlah wajah ceria masing-masing....Sayang...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.