Bila tiba bulan Ramadan, pasti ada bazar Ramadan. Sempena bulan Ramadan bermula pada 23 Mac sehingga 21 April 2023, anggota Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor telah membuat lawatan ke gerai-gerai terpilih untuk melaksanakan Survei Bazar Ramadan di bazar-bazar Ramadan terpilih di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
Tujuan utama survei ini dijalankan adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan nilai jualan semua bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada tuan/puan para peniaga bazar yang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada staff DOSM Selangor semasa menjalankan survei ini.
Selamat menunaikan ibadah puasa 1444 H. Marhaban ya Ramadan. Semoga Allah melimpahkan nikmat dan kebahagiaan untuk kita di bulan Ramadan ini