12 Mac 2023 (Ahad) - Beberapa orang anggota POG telah menyertai aktiviti treking ke Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu. Perjalanan kira-kira 12km pergi balik, laluan pun santai-santai sahaja dan tidak perlu mendaki cerun curam.
Sekali-sekala buat aktiviti sihat begini dapat juga menenangkan fikiran setelah penat otak bekerja. Tak percaya lihatlah wajah ceria masing-masing....
Sayang sekali kerana ramai anggota lain yang ingin turut serta tetapi tidak berkesempatan kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Tak apa, lain kali kita buat lagi, harapnya lebih ramai dapat menyertai.