22 Mac 2023 (Rabu) : Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-22 Kelab Sukan Kebajikan Sosial (KSKS) Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (DOSM Selangor) telah diadakan bertempat di Dewan Ballroom Institut kesihatan Negara (NIH), Setia Alam.
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
1) Ucapan Pengerusi KSKS Sesi 2021/2022;
2) Pembentangan dan meluluskan Laporan Tahunan & Laporan Kewangan KSKS Tahun 2021/2022;
3) Pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) KSKS Sesi 2021/2022;
4) Pemilihan AJK KSKS Sesi 2023/2024.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK KSKS Sesi 2021/2022 yang telah mencurah khidmat bakti berkorban masa dan tenaga demi melaksanakan agenda KSKS DOSM Selangor. Jasamu dikenang!