Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

28 Nov 2018

Semoga cepat sembuh, Afiq

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan seorang anggota POG, En. Afiq Aizzuddin bin Wahab telah mengalami musibah kemalangan jalan raya pada malam 26 November 2018. Motosikal yang ditunggang beliau telah terbabas dalam perjalanan  ke Shah Alam. Beliau mengalami retak tulang tangan kiri dan luka-luka di bahagian muka.

Ketua POG sempat menziarahi Afiq di rumah beliau

Seluruh warga POG mengucapkan salam takziah kepada beliau dan mendoakan beliau cepat sembuh serta dapat kembali bertugas seperti biasa.


Baca selanjutnya...

24 Nov 2018

FitDOSM POG 23/11/18

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

23/11/2018 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.






Baca selanjutnya...

23 Nov 2018

Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Sempena Menghadapi Banci Penduduk dan Perumahan 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Khamis, 22 November 2018Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Sempena Menghadapi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 telah diadakan bertempat di Dewan Pameran, Kolej Komuniti Selayang, Gombak.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh semua warga Pejabat Operasi Gombak (POG) dan Pejabat Operasi Kajang (POK) turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah DOSM Selangor, En. Sharuddin bin Shafie.



 sedondon pula pengacara majlis dan pembaca doa ni

ucapan KPO dan Pengarah

Dalam sesi penerangan bertajuk Menelusuri #MyCensus2020 dan #MYStatsDay, Pengarah DOSM Selangor, YBrs. Encik Muhammad Amri bin Idris telah menyampaikan beberapa perkongsian maklumat antaranya :


1. Konsep 3F - Fill, Feel & Field : 

    a. Fill - Sentiasa isi diri kita dengan ilmu agar menghasilkan kerja yang berkualiti.
    b. Feel - Sentiasa merasai, menjiwai dan menghayati kerja kita dan kepentingannya.
    c. Field - Ilmu dan penghayatan kerja dipraktikkan di lapangan.

2. Hari Statistik Negara #MyStatsDay dengan tagline 'Better Data Better Lives', objektifnya antara lain adalah untuk memperkenalkan atau merakyatkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di kalangan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan statistik kepada negara.


3. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 #MyCensus2020 dengan tagline 'Data Anda, Masa Depan Kita' adalah merupakan Banci Penduduk dan Perumahan kali ke-6 yang dijalankan oleh DOSM. Tujuan banci ini adalah untuk mendapatkan stok penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci bagi kegunaan dasar perancangan negara. Sila layari Portal Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 untuk maklumat selanjutnya.


4. Cabaran Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 :

    a. Ekspektasi dari pengguna data (stakeholder) yang semakin dinamik.
    b. Ciri-ciri responden yang semakin kompleks.
    c. Peningkatan jumlah warga 65 tahun ke atas.
    d. Perkembangan teknologi ICT yang pantas.








Seterusnya diadakan pula aktiviti permainan interaktif yang dikendalikan oleh Ketua Pejabat Operasi Gombak, En. Frankie Albert Antau. Sesi ini berjaya menguji kemahiran individu dan mengasah kerjasama berpasukan seterusnya meningkatkan kefahaman anggota pejabat operasi dalam menjayakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.













































 warga P.O Gombak

warga P.O Kajang

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.