Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

13 Jul 2022

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13 Julai 2022 (Rabu), SHAH ALAM : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 & Jasamu Dikenang 2022 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Zon Tengah telah diadakan bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Selangor.


Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin. Turut hadir ialah Pengarah DOSM Selangor, Puan Hartini binti Yaacob dan Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan, Puan Norfariza Hanim binti Kasim.


Pada majlis ini, seramai 30 orang pegawai tetap dan 16 pegawai Personal My-Step Jabatan Perangkaan Zon Tengah menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam perkhidmatan.



Turut diraikan pada majlis ini ialah 3 orang pesara DOSM Selangor 2022. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para pesara DOSM yang telah mencurah khidmat bakti berkorban masa dan tenaga demi melaksanakan visi dan misi DOSM. Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.


Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021, khususnya kepada tiga anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Rohaizad bin Mohamad Hashim, Puan Nur Hidayu bt Md Shukor dan wakil PMS iaitu En. Muhammad Amirul bin Aziz.











Semoga kecemerlangan prestasi mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain untuk berkhidmat lebih cemerlang seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.