Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

1 Jun 2022

Survei Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Jabatan Perangkaan Malaysia (Department of Statistics, Malaysia) (DOSM) sedang melaksanakan Survei Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022) bermula 15 April 2022 hingga 30 September 2022 bagi syarikat/perniagaan terpilih di seluruh Malaysia.


Survei ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini syarikat/perniagaan yang diperlukan oleh kerajaan dalam perancangan program ekonomi dan pemantauan keberkesanan polisi ekonomi di peringkat nasional.




Semoga dipermudahkan segala urusan anggota POG dalam melaksanakan survei ini.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.