Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

18 May 2022

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

18 Mei 2022 bersamaan 17 Syawal 1443H (Rabu) - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pejabat Operasi Gombak telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pejabat Operasi Gombak.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Pengarah DOSM Selangor, Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, Ketua Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Ketua-Ketua Unit.

Saksikan gambar-gambar keceriaan dan kemeriahan majlis tersebut:

Ucapan Ketua POG

Ucapan Puan Pengarah

Pengacara & Pembaca Doa

selamat menjamu selera











Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota POG dan para tetamu yang menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga semangat kerjasama dan ukhuwah antara sesama anggota DOSM Selangor khususnya di POG bertambah erat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WARGA POG.

Baca selanjutnya...

2 May 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H dari Warga Kerja POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kami warga kerja Pejabat Operasi Gombak, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Negeri Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H kepada seluruh umat Islam. 



Setelah 2 tahun beraya dalam suasana pandemik, pastinya hari raya kali ini lebih bermakna untuk diraikan bersama keluarga tercinta. Berhati-hati serta banyakkan bersabar ketika memandu.

Ucapan tulus ikhlas daripada Ketua Pejabat Operasi Gombak dan warga kerja POG.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.