Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

31 Jan 2020

Kenaikan Pangkat : Tahniah Pn. Siti Fatimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Siti Fatimah bt Ahmad 
di atas kenaikan pangkat Pembantu Perangkaan E19 ke Gred E22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1berkuatkuasa Januari 2020



Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada mereka untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Baca selanjutnya...

18 Jan 2020

FitDOSM POG 1/2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17/1/2020 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.


Setelah itu diadakan pula majlis jamuan ringkas sempena sambutan hari lahir anggota POG. Diharap semua dapat mengawal jumlah kalori makanan yang diambil... jangan sampai FitDOSM bertukar menjadi FatDOSM.


Selesai majlis, anggota POG bergotong-royong pula menyisih kertas-kertas terpakai untuk dibuat pelupusan.


Baca selanjutnya...

14 Jan 2020

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rahim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Abdul Rahim bin Shaharuddin, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 12.06 pm, 13 Januari 2020.

Bayi seberat 3.33 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Kemaman, Terengganu dan dinamakan Aneesa Zahira binti Abdul Rahim.


Tahniah kepada En. Rahim dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata keempat mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.