Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

17 Dec 2022

Lawatan Kerja Luar STB Bersama Pelajar UM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17 Disember 2022 (Sabtu) – Satu pelaksanaan kerja luar Survei Tenaga Buruh (STB) oleh pegawai Pejabat Operasi Gombak (POG), DOSM Selangor telah dilaksanakan di sekitar Taman Widuri dan Taman Kesumba, Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
Lawatan kerja luar kali ini turut disertai oleh pelajar-pelajar Ijazah Statistik Institut Sains Matematik, Universiti Malaya untuk merasai pengalaman melaksanakan kerja luar.
Jika selama ni mereka belajar teori semata-mata, jadi aktiviti hari ini membolehkan mereka mempelajari praktikal kaedah pelaksanaan kerja luar yang dijalankan oleh DOSM.
Program Statistik Bersama Komuniti ini adalah kolaborasi antara DOSM Selangor dan Universiti Malaya. Penyertaan seramai 49 orang pelajar ISM, Universiti Malaya ini telah diketuai oleh Profesor Dr Ibrahim bin Mohamad, Pensyarah Institut Sains Matematik Universiti Malaya, ISMUM.








Terima kasih Prof dan pelajar ISM-UM semua!!
Terima kasih juga kepada semua penduduk sekitar Taman Widuri dan Taman Kesumba, Bukit Beruntung.
Kerjasama anda amatlah dihargai..


Baca selanjutnya...

16 Dec 2022

Lawatan Sambil Belajar Pelajar-Pelajar ASWARA

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

16 Disember 2022 (Jumaat)
Pejabat Operasi Gombak telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Kuala Lumpur. Lawatan ini diketuai oleh Encik Saiful Azhar Mohd, Pensyarah Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan bersama 7 orang pelajar ASWARA.
Ketua PO Gombak, Encik Frankie Albert Antau telah menyantuni rombongan dari ASWARA ini dengan menyampaikan taklimat ringkas mengenai operasi dan produk jabatan serta mengadakan lawatan di sekitar ruang kerja Pejabat Operasi Gombak, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor.







Terima kasih diucapkan kepada semua.


Baca selanjutnya...

2 Nov 2022

Sesi Review HIES/BA & Mesyuarat Pengurusan Bil.5/2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Banting, 2 November 2022 – Sesi Review Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 dan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 5 Tahun 2022 telah diadakan pada hari ini dan dipengerusikan oleh Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor.
Turut diadakan sesi penyerahan tugas kepada Ketua Unit Pembuatan,Binaan,Alam Sekitar & Pertanian yang baharu, Encik Mohd Rosli bin Mahmood dan juga sesi serahan tugas oleh Ketua Unit Isi Rumah, Encik Mohd Fairoz bin Abdul Rani kepada Puan Rasidah binti Abdullah.

Puan Pengarah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Fairoz bin Abdul Rani sepanjang berada di jabatan ini sejak tahun 2013-2022 kerana beliau akan bertukar ke ibu pejabat pada minggu pertama November 2022. Semoga terus maju jaya di tempat baru.








Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan setiap bahagian dan unit dan beberapa permasalahan yang diselesaikan dibentangkan dalam mesyuarat ini. Sesi Review Survei HIES/BA 2022 juga telah diadakan dengan jayanya.

Sumber : FB DOSM Selangor
Baca selanjutnya...

29 Oct 2022

Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 27-29 Oktober 2022, telah berlangsung Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) kali ke-13. Sejak kali terakhir diadakan pada tahun 2017 akibat kekangan masa serta pandemik Covid-19, temasya kejohanan dwitahunan kali ini dianjurkan oleh Zon Utara dan telah diadakan di Kompleks Sukan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Diadakan juga konvoi bermotosikal oleh anggota DOSM Selangor menuju ke  UPSI Tanjung Malim bagi memeriahkan lagi acara sukan ini.


Pada SSK 2022 kali ini, seramai 9 anggota POG telah terpilih untuk mewakili pasukan Zon Tengah dalam beberapa acara iaitu:

1. Ali b. Ahmad (Futsal veteran)
2. Mohd Bazri b. Abu Bakar (Sepak Takraw)
3. Azeman b. Shaari (Sepak Takraw)
4. Nik Zafifah bt Nik Ibrahim (Cross Country 5km)
5. Mohd Fadzly b. Mohd Noor (Bola sepak 11-Sebelah)
6. Mohamad Zulrusdi b. Mohd Zain (Futsal lelaki & Bola sepak 11-Sebelah)
7. Mohd Afiq Aizzuddin b. Wahab ((Futsal lelaki & Bola sepak 11-Sebelah)
8. Rozan b. Sulaiman (Bola Tampar lelaki)
9. Muhammad Amirul b. Aziz (Futsal lelaki)

Zon Tengah telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan. Kali ini gelaran juara keseluruhan dirangkul oleh Zon Borneo manakala Zon Ibu Pejabat Putrajaya & ILSM di tempat kedua.

Jutaan terima kasih kepada semua urusetia, penyelaras acara sukan, pemain dan penyokong Zon Tengah yang telah berusaha gigih dan memberi komitmen yang tinggi. Semoga dalam kejohanan akan datang kita mampu untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Syabas dan tahniah buat semua.


































INFO : SEJARAH PENGANJURAN SUKAN STATISTIK KEBANGSAAN

1997 : Zon Utara - Ipoh, Perak
1999 : Zon Timur - Kuala Terengganu, Terengganu
2002 : Zon Ibu Pejabat - Pusat Latihan BSN, Bangi
2004 : Zon Tengah - Pusat Latihan BSN, Bangi 
2006 : Zon Selatan - Ayer Keroh & Bandaraya Melaka
2009 : Zon Ibu Pejabat - Pusat Latihan BSN, Bangi
2011 : Zon Selatan - Seremban, N.Sembilan
2013 : Zon Utara - UUM Sintok, Kedah
2015 : Zon Timur - UIAM, Kuantan, Pahang
2017 : Zon Tengah  - Pusat Latihan INSPEN, Kajang
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.