Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

24 Sept 2022

FitDOSM POG 24/09/2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

24 September 2022 - Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor telah mengadakan aktiviti FitDOSM bagi mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan anggotanya. Aktiviti ini telah diadakan di Gamuda Garden dan disertai oleh semua anggota tetap dan anggota Personel MyStep.






Jom amalkan gaya hidup sihat.
Baca selanjutnya...

22 Sept 2022

Runliga Malaysia Challenge (RMC) 2022 : Tahniah wakil POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sekalung tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Larian Kategori Tertutup DOSM Selangor yang diadakan bersempena acara Runliga Malaysia Challenge (RMC) 2022, khususnya kepada wakil POG yang berjaya memasuki carta antara yang terbaik di kalangan warga DOSM Selangor. Kekalkan momentum anda, kami semua di POG bangga denganmu Pn. 'Ainun Sa'adah dan Pn. Nik Zafifah!
Tahniah dan kekalkan gaya hidup sihat Fit DOSM . Semoga menjadi contoh ikutan kepada warga POG yang lain.




Untuk makluman, R️MC merupakan acara larian maya (virtual run) yang merekodkan jarak larian terkumpul yang mampu dicapai dalam masa sebulan.

Baca selanjutnya...

3 Sept 2022

Road to SSK 2022 : Perlawanan Persahabatan DOSM Selangor vs DOSM Wilayah Persekutuan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

3 September 2022 (Sabtu) - Perlawanan persahabatan antara DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan telah diadakan bertempat di Arena Stadium MBSJ, Subang Jaya. Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk memilih pemain-pemain
terbaik
bagi mewakili pasukan Zon Tengah dalam Sukan Statistik Kebangsaan yang bakal menjelang bulan depan.
Antara acara yang dipertandingkan:
Bola Sepak
Bola Jaring
Bola Tampar (L&W)
Sepak Takraw
Olahraga (L&W)

senamrobik dulu...












Acara pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan meriah. Boleh dikatakan semua bersemangatlah!! Semoga dengan adanya program seperti ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah antara DOSM Selangor dan DOSM WPKL.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.