Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

21 Feb 2023

Kenaikan Pangkat : Tahniah Cik Hazimah, En. Afiq, Pn. Emily & En. Rozan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anggota-anggota POG di atas kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK).

Anggota-anggota tersebut adalah :

1. Cik Nor Hazimah bt Yeop Abd Rashid - E32 (TBK1)
2. En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab - E22 (TBK1)
3. Pn. Emily Singa - E22 (TBK1)
4. En. Rozan bin Sulaiman - E22 (TBK1)


Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada mereka untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Baca selanjutnya...

20 Feb 2023

Selamat Datang Cik Hazimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 20 Februari 2023, Cik Nor Hazimah bt Yeop Abd Rashid, Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak, menggantikan Puan Norashikin bt Nasokha yang bertukar ke Seksyen Prosesan & Analisis, Ibu Pejabat DOSM Selangor, Shah Alam.


Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia sejak tahun 2009,sebelum ini beliau ditempatkan bertugas secara kader di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.

POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Cik Hazimah ke dalam keluarga POG, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.

Baca selanjutnya...

16 Feb 2023

Majlis Perpisahan Puan Shikin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada 16 Februari 2023 (Khamis), Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Norashikin bt Nasokha, Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 yang bertukar ke Seksyen Prosesan & Analisis, Ibu Pejabat DOSM Selangor berkuatkuasa mulai 6 Februari 2023.

Majlis turut dihadiri oleh En. Shahrill, Ketua Pejabat Operasi Kajang serta En. Fakhrul dari Ibu Pejabat DOSM Shah Alam.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab POG, En. Azeman serta Ketua POG, En. Frankie yang berkongsi kenangan serta merakamkan penghargaan atas kepimpinan dan khidmat cemerlang sepanjang Puan Shikin berkhidmat di POG. 

Seterusnya Puan Shikin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang beliau berada di POG. Walaupun cuma setahun sempat mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau. 












Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran serta merakamkan terima kasih tidak terhingga atas segala tunjuk ajar, teguran, dorongan dan nasihat yang telah beliau berikan dan mendoakan beliau akan terus maju jaya serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang.

Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi... 
(tak jauh pun, kat Shah Alam je)

  

Baca selanjutnya...

9 Feb 2023

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rashid

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada En. Mohd Rashid bin Ahmad, Pembantu Perangkaan E19, telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 2.28a.m, 8 Februari 2023.

Bayi seberat  2.7kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan dan dinamakan  Muhammad Faqih Anaqu bin Mohd Rashid.


Tahniah kepada En. Rashid dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-putera mereka bakal menjadi anak yang soleh... aamiinn. Insya Allah.
 
Baca selanjutnya...

1 Feb 2023

Majlis Pelancaran POG Biggest Loser 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1 Februari 2023 (Rabu) - Majlis Pelancaran POG Biggest Loser 2023 telah diadakan bertempat di Tasik Taman Bersatu, Rawang

Penyelaras: Pn Nik Zafifah Nik Ibrahim
Penyelaras bersama: Pn Husna Khiri (Fit DOSM)

Peserta



Aktiviti 

Fit DOSM

Pelancaran POG Biggest Loser 2023 oleh KPO

Penimbangan kali ke-2 peserta Biggest Loser

Pengumuman pemenang acara penimbangan kali ke-2 Biggest Loser (Kategori L&P)

Kutipan denda bagi peserta yang berat sama atau bertambah (RM10 seorang 😝)

Peserta bersama penyokong

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.