Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

29 Nov 2021

Selamat Datang Puan Fatiha

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Pada 29 November 2021 (Isnin), seluruh warga POG mengalu-alukan kehadiran anggota baru, Pn. Nurul Fatiha Binti Rusli, Pembantu Perangkaan E19 yang telah melapor diri untuk memulakan tugas di Pejabat Operasi Gombak.


Berasal dari Tanah Merah, Kelantan, beliau merupakan salah seorang dari kelompok pengambilan anggota baru bagi mengisi kekosongan jawatan di DOSM seluruh negara. Beliau ditugaskan di Unit Isi Rumah bagi mengisi 1 kekosongan sebelum ini. 



Selamat datang ke dalam keluarga POG, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...

24 Nov 2021

Salam Takziah, En. Azizol

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada anggota POG iaitu En. Azizol bin Harun telah mengalami keguguran anak dalam kandungan beliau berusia 4 bulan pada 24 November 2021. 

Isteri beliau iaitu Mazlina binti Mamat juga merupakan bekas anggota PSH di POG. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang.

Seluruh warga POG mengucapkan salam takziah kepada beliau dan isteri. Semoga mereka bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Dari-Nya kita datang, kepada-Nyalah kita akan kembali. Al-Fatihah.
Baca selanjutnya...

23 Nov 2021

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

23 November 2021 (Selasa), SHAH ALAM : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 & Jasamu Dikenang 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Zon Tengah telah diadakan bertempat di Shah Alam Convention Centre, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan yang sedang berkuatkuasa.


Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia. Turut hadir ialah Encik Muhammad Amri bin Idris, Pengarah DOSM Selangor dan Puan Norfariza Hanim binti Kasim, Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan.


Tetamu Kehormat


Selain itu, majlis dihadiri oleh pegawai dan anggota DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan, pesara-pesara DOSM Selangor & DOSM Wilayah Persekutuan 2021, serta wakil Kelab Alumni Jabatan Perangkaan Malaysia (KLASIK) DOSM.


Pada majlis ini, seramai 15 orang pegawai & anggota tetap menerima APC 2020 DOSM Selangor manakala seramai 13 orang pegawai & anggota tetap menerima APC 2020 DOSM Wilayah Persekutuan. Seramai 8 orang lantikan Personel MyStep (PMS) DOSM Selangor menerima APC 2020, manakala seramai 2 orang PMS DOSM Wilayah Persekutuan menerima APC 2020.


Turut diraikan pada majlis ini ialah 4 orang pesara DOSM Selangor 2021 dan 4 orang pesara DOSM Wilayah Persekutuan 2021. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para pesara DOSM yang telah mencurah khidmat bakti berkorban masa dan tenaga demi melaksanakan visi dan misi DOSM. Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.


Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua 15 orang penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 bagi DOSM Selangor, khususnya kepada tiga anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Frankie anak Albert Antau, Cik Siti Norasyikin bt Mohd Ghani, Puan Emily Singa dan wakil PMS iaitu En. Mohd Fauzan bin Muhammade Rapitar.


En. Frankie

Cik Syikin

En. Fauzan (PMS)


Tak lupa juga diucapkan selamat menempuhi alam persaraan kepada En. Nadarajah a/l P.Pavadi yang telah bersara pada 19 Julai 2021.


selamat bersara EN. Nada


Semoga kecemerlangan prestasi mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.