Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

27 Oct 2019

Program Sahabat Statistik 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pejabat Operasi Gombak (POG) DOSM Selangor telah menganjurkan Program Sahabat Statistik sempena Hari Statistik Negara 2019 dan Sambutan Ulang Tahun ke-70 Jabatan Perangkaan Malaysia pada 26 Oktober 2019 di Kampung Melayu Batu 16, Rawang.

Program yang dirasmikan oleh Tuan Md. Sabri bin Md. Taib, Ahli Majlis Zon 14 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah dihadiri oleh penduduk kampung sekitar Kampung Melayu Batu 16, Rawang.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Sesi Literasi Statistik, FitDOSM@Senamrobik, pertandingan mewarna dan melukis bagi kanak-kanak, pameran produk jabatan, pemeriksaan kesihatan percuma yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Gombak serta gerai jualan.




Semoga program ini dapat menjalin dan mengeratkan lagi hubungan antara DOSM dengan komuniti sekitar seterusnya meningkatkan literasi statistik di kalangan masyarakat.




Baca selanjutnya...

21 Oct 2019

Sambutan Hari Statistik Negara 2019 dan Sambutan 70 Tahun DOSM di Muar, Johor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

18-20 Oktober 2019 (Jumaat-Ahad): Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan sambutan Hari Statistik Negara 2019 dan Sambutan 70 Tahun DOSM di Muar, Johor. Pelbagai acara diadakan bersama komuniti kampung dan agensi di sekitar daerah Muar bertujuan mendekati dan meningkatkan literasi statistik di kalangan masyarakat, antaranya :

~ Pertandingan sukan bersama komuniti dan agensi (bolasepak, bola jaring, sepakraga bulatan, futsal)
~ Program Jom Sihat 10000 Langkah
~ Program Jelajah Berbasikal Stats De Tour
~ CSR (membersihkan parit, hiasan laman, rewang dan bantuan kepada asnaf)
~ Pertandingan mewarna, Kuiz Stats, Pameran & Stats Beyblade
~ Program 'School Outreach
~ Program 'Harvest, Pick & Eat' Nanas
~ Persembahan kebudayaan (ghazal, zapin, boria, dikir barat, pentomin)
~ solat berjemaah, majlis doa selamat dan bacaan Yasin

4 orang anggota POG telah terpilih menyertai acara-acara yang dijalankan mewakili kontinjen DOSM Selangor iaitu Cik Siti Norasyikin Mohd Ghani, En. Ali Ahmad, En. Azeman Shaari dan En. Mohamad Zulrusdi Mohd Zain.

pelepasan kontinjen DOSM Selangor

 Program Jom Sihat 10000 Langkah

 pasukan sepakraga bulatan

 pasukan bolasepak

Program Jelajah Berbasikal Stats De Tour



Pada 20 Oktober 2019, berlangsung Upacara Kemuncak Hari Statistik Negara 2019 dan Sambutan 70 Tahun DOSM di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor, dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Dr. Sahruddin Haji Jamal, YB Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Dato’ Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Setiausaha MEA dan YBhg. Dato' Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.





Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan acara sambutan ini.



Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.