Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

28 Nov 2019

Gala Dinner & Awards Night POG 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

27 November 2019 (Rabu) - Pejabat Operasi Gombak (POG) telah menganjurkan Majlis Gala Dinner & Awards Night bertempat di Templer Park Country Club, Rawang.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai warga kerja POG yang telah sepanjang tahun bekerja keras, bertungkus lumus, berhempas pulas dan bermandi keringat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dalam majlis makan malam bertemakan Retro ini, diadakan juga acara selingan iaitu persembahan istimewa dari setiap unit, anugerah untuk staf serta cabutan bertuah.

Saksikan kemeriahan majlis tersebut....



pasangan pengacara

 borak-borak Ketua POG

 orang kuat P.A system


PARA HADIRIN...








PEMENANG HADIAH CABUTAN BERTUAH...



PERSEMBAHAN...

 Unit Rangka & Pemetaan...

 Unit Ekonomi,,,

 Unit Pentadbiran & Kewangan...

 Unit Isirumah & Harga

 Unit HIES


ANUGERAH...

 Staf Paling On Time Lelaki & Wanita...

 Staf Paling Sporting Lelaki & Wanita...

 Staf Paling Vogue Lelaki & Wanita... 
(anugerah untuk lelaki diterima oleh wakilnya)

 Hero & Dewi Remaja Tetap... biar betul???
macam kena tambah 'remaja purba' je...

 Hero & Dewi Remaja PSH... ini baru betul remaja...

 Staf Paling Popular Lelaki & Wanita... terima kasih kepada semua yang mengundi...

 anugerah khas Tokoh Srikandi Unggul... tanpa beliau sudah pasti suasana POG tak terurus...

 pakaian terbaik... memang nampak ceria 

 persembahan terbaik... khabarnya ramai yang menangis keinsafan

 penghargaan untuk KPO


GAMBAR UNIT...

 Pentadbiran & Kewangan

 Ekonomi

 Isirumah & Harga

 Rangka & Pemetaan

 HIES

majlis berjalan lancar... terima kasih kepada geng Urusetia...  


BERMACAM RAGAM...


  
persembahan penutup istimewa... Biar Bekikis Bulu Betis

WARGA POG YANG AWESOME!!!

Semoga majlis ini menjadi antara kenangan terindah buat semua...



Baca selanjutnya...

26 Nov 2019

Majlis Apresiasi Pekerja Sambilan Harian (PSH) 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

25 November 2019 (Isnin) - DOSM Selangor  telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pekerja Sambilan Harian (PSH) 2019 bagi menghargai sumbangan anggota PSH dalam menjayakan tugas-tugas di Jabatan Perangkaan Malaysia.

Tetamu kehormat :
~ En. Muhammad Amri bin Idris, Pengarah DOSM Selangor
~ En. Sharuddin bin Shafie, Timbalan Pengarah DOSM Selangor
~ En. Mohd Suhaidi bin Abdul Rais, Ketua Penolong Pengarah DOSM Selangor
~ Ketua-ketua Seksyen dan Pejabat Operasi DOSM Selangor


Agenda majlis :
~ Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil
~ Penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua PSH DOSM Selangor 2019
~ Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PSH 2019
~ Penyampaian Anugerah Khas Kerja Pengemaskinian Rangka untuk Persediaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020
~ Sesi Bergambar


Berikut adalah gambar-gambar anggota dari POG yang turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PSH 2019. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua anggota PSH yang banyak membantu dalam menjayakan banci, persediaan banci dan survei yang dijalankan di POG.









Baca selanjutnya...

20 Nov 2019

Selamat Datang En. Rashid

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 19 November 2019 (Selasa), Pejabat Operasi Gombak mengalu-alukan kehadiran anggota baru, En. Mohd Rashid bin Ahmad, Pembantu Perangkaan E19 yang telah melapor diri untuk memulakan tugas di Pejabat Operasi Gombak.

Berasal dari Bachok, Kelantan, beliau merupakan salah seorang dari kelompok pengambilan anggota baru bagi mengisi kekosongan jawatan di DOSM seluruh negara.

POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan En. Rashid, semoga beliau cepat menyesuaikan diri dan seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.


Baca selanjutnya...

18 Nov 2019

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Aiman

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Muhammad Aiman bin Arshad , Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 6.24 petang, 17 November 2019 (Ahad).

Bayi seberat 2.99 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dinamakan Afeeya Eryna bt Muhammad Aiman.




Tahniah kepada En. Aiman dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata sulung mereka itu. Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.