Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

31 May 2019

Program Khidmat Masyarakat di Pusat Jagaan Titian OKU Nur

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

30 Mei 2019 (Khamis)Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kembara ISI World Statistics Congress 2019. Program ini dijalankan di Pusat Jagaan Titian OKU Nur Batu 16, Rawang yang dihuni lebih kurang 70 orang penghuni OKU, warga emas dan anak-anak yatim. 

Program ini diadakan agar selari dengan tema Sustainable Development Goals (SDGs) ‘No One Leave Behind’ kerana setiap penghuni yang tinggal di rumah jagaan ini mempunyai hak untuk disayangi terutama pada musim perayaan yang bakal menjelma. 

Perkara ini amat dihargai oleh pengurus yang juga pengasas pusat jagaan ini, Puan Normah binti Adlan kerana menurut beliau, pusat ini bukan hanya mengharapkan sumbangan daripada orang ramai tetapi mereka juga mengharapkan agar ada insan yang sudi untuk meluangkan masa bersama penghuni yang ada di sini agar mereka tidak akan rasa terpinggir.



Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong membersihkan kawasan ruang tidur, ruang dapur dan persekitaran tempat kediaman berkenaan. Selain itu turut disampaikan juga sumbangan ikhlas hasil kutipan dari anggota Pejabat Operasi Gombak.











Semoga aktiviti ini akan dapat diteruskan secara rutin dan lebih ramai insan akan menyantuni warga Pusat Jagaan Titian OKU Nur ini.


Baca selanjutnya...

26 May 2019

Majlis Berbuka Puasa POG 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 25 Mei 2019, bersamaan 20 Ramadhan 1440 (Sabtu), POG telah meneruskan tradisi mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di pejabat POG bersama-sama Pengurusan  Tertinggi DOSM Selangor dan anggota seisi keluarga.

Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anggota dan ahli keluarga masing-masing. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah; Encik Muhammad Amri bin Idris, Timbalan Pengarah; Encik Sharuddin bin Shafie  serta beberapa orang pegawai lain dari Shah Alam serta ahli keluarga mereka











Baca selanjutnya...

4 May 2019

FitDOSM POG 3/5/2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

3/5/2019 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.







Baca selanjutnya...

2 May 2019

Kejohanan Futsal Tertutup DOSM Selangor 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1 Mei 2019 (Rabu) - Kejohanan Futsal Tertutup Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, telah dianjurkan bertempat di Frenzy Sports Arena, Seksyen 16, Shah Alam.

Setiap seksyen dan pejabat operasi telah menghantar satu pasukan untuk menyertai kejohanan futsal ini. POG selaku juara bertahan tidak ketinggalan menghantar pasukan yang dirasakan mampu mempertahankan kejuaraan. 

Acara pembukaan, penutup dan penyampaian hadiah turut diserikan dengan kehadiran Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris dan Timbalan Pengarah yang juga merupakan Pengerusi KSKS, En. Sharudin bin Shafie.

Senarai Pasukan: 
1. POG Black Panther FC
2. Anak Antoo FC
3. Industri Power FC
4. Floor 19 FC
5. P.O Kajang FC
6. Services United

Kejohanan ini dijalankan secara liga sepusingan, di mana setiap pasukan bermain sebanyak 5 perlawanan, diikuti dengan 1 perlawanan penentuan kedudukan.

Tahniah kepada juara baru kejohanan, Anak Antoo FC yang menewaskan juara bertahan POG Black Panther dalam perlawanan akhir yang mendebarkan. POG hampir saja mempertahankan kejuaraan kerana mendahului 2-1, namun kelekaan saat akhir menyaksikan Anak Antoo FC berjaya menjaringkan gol penyamaan dan juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.


 ucapan perasmian oleh En. Sharudin

 penyerahan piala oleh juara bertahan

 para pemain

 Industri Power FC... power ke?

Services United 

 kedudukan liga


 perlawanan akhir


 setelah menjadi juara 3 kali berturut-turut, kali ini POG cuma mampu menjadi naib juara

tahniah juara baru


Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang sama-sama menjayakan kejohanan ini. Kepada pasukan yang tidak berjaya, masih ada ruang dan peluang dalam kejohanan akan datang. Yang penting, tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara kakitangan di samping memupuk budaya hidup sihat di kalangan anggota DOSM Selangor.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.