Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

14 Apr 2019

Kejohanan Boling Tertutup POG 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13 April 2019 (Sabtu) - Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) telah menganjurkan Kejohanan Boling Tertutup Pejabat Operasi Gombak bertempat di iBowl, Brem Mall, Kepong.

POG turut berbesar hati di atas kesudian Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris dan En. Fairoz dari Ibu Pejabat DOSM Selangor, Shah Alam hadir memeriahkan kejohanan ini.

Sebelum acara bermula, turut diadakan gimik pelancaran ISI World Statistics Congress ke-62 yang bakal berlangsung pada 18-23 Ogos 2019 nanti di mana DOSM menjadi tuan rumah.








Berikut adalah keputusan kejohanan tersebut:

Kategori Lelaki:
1. En. Azeman 
2. En. Bazri
3. En.Rohaizad
4. En. Aiman
5. En. Fairoz



Kategori Wanita:
1. Cik  Afiza (PSH)
2. Cik Marini (PSH)
3. Kak Yam (cleaner POG)
4. Pn. Kartini (PSH)
5. Cik Amirah (PSH)


Kategori Khas
Raja & Ratu L......g
(tak sampai hati nak tulis.. nama juga terpaksa dirahsiakan
demi menjaga perasaan peserta...hehe)



Tahniah kepada semua pemenang dan juga peserta. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa cuba lagi dalam kejohanan yang akan datang (bolehlah mula berlatih dengan gigih bermula dari sekarang). Semoga kejohanan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga POG dan keluarga masing-masing.

Baca selanjutnya...

13 Apr 2019

Majlis Ceramah Sempena Israk Mikraj

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

12/04/2019 (Jumaat) - Jawatankuasa Penerapan Nilai-Nilai Murni, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (POG) telah mengadakan Majlis Ceramah Sempena Peristiwa Israk Mikraj bertempat di Bilik Taklimat Sri Selayang, POG dan dihadiri oleh semua kakitangan Tetap dan PSH.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Anwar bin Mohd Ibnu, seorang pendakwah bebas yang juga Imam 2, Masjid Antara Gapi, Serendah. 








Selain kisah Israk dan Mikraj, antara intipati ceramah beliau : 

~ Sentiasa bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan setiap suruhan-Nya. 
~ Menjauhi segala larangan-Nya serta perkara-perkara yang boleh menyebabkan syirik kepada-Nya, kerana dosa syirik tidak akan diampunkan Allah s.w.t.
~ Kembali mengamalkan Amar Maaruf Nahi Mungkar, bermula dengan diri sendiri dan keluarga.
~ Ikhlas dalam setiap perbuatan khususnya dalam pekerjaan.
~ Allah menjanjikan syurga kepada setiap hamba-Nya yang beriman walaupun cuma sebesar zarah. Namun perlu sentiasa tingkatkan kualiti iman.
~ Wujudkan majlis ilmu di rumah bersama keluarga.  


Baca selanjutnya...

6 Apr 2019

Kejohanan Futsal Tertutup POG Siri 2/2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

K-POG telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup POGbertempat di Gelanggang Futsal MPS, Bt 17 Rawang. Para pemain yang terdiri dari kalangan anggota Tetap dan PSH telah diundi secara telus dan dibahagikan kepada 5 pasukan mengikut warna :







Keputusan :

 Juara : Kuning

 Naib Juara : Putih

 Ketiga : Merah

 Keempat : Hitam

dan Kelima : Biru (jangan la malu-malu)

Setinggi-tinggi  tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pemain yang sama-sama menjayakan kejohanan ini. Kepada pasukan yang tidak berjaya, jangan ada rasa kecewa. Kejohanan akan datang kita buat undian semula ya... Yang penting, tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama anggota di samping memupuk budaya hidup sihat.... FitDosm.


Baca selanjutnya...

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

5 April 2019 (Jumaat) - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Peringkat Zon Tengah bersama DOSM Negeri Selangor bertempat di Dewan Multaqam, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur. 

Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua 15 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2018 bagi DOSM Selangor, khususnya kepada dua anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Abdul Rahim bin Shaharuddin dan En. Rozan bin Sulaiman. Tak lupa juga buat En. Muhammad Amirul Aziz yang menerima anugerah PSH Cemerlang 2018.





Semoga kejayaan dan kecemerlangan mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.