Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

27 Apr 2022

Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Infak Ramadan KSKS 2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 27 April 2022 bersamaan 25 Ramadan 1443H, Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial DOSM Selangor (KSKS) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Infak Ramadan bersama ahli-ahli kelab dan juga keluarga termasuk dari Pejabat Operasi Gombak dan Pejabat Operasi Kajang.

Kelab POG yang bernaung di bawah KSKS turut berkesempatan menghantar wakil ke majlis tersebut, yang turut dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah DOSM Selangor.




Sambil menikmati juadah berbuka, Puan Pengarah turut berbesar hati menyampaikan Infak Ramadan sumbangan warga DOSM Selangor kepada ahli kelab yang layak. Tak lupa juga saguhati kepada para peserta Majlis Khatam Al-Quran.

Ramadan pun sudah hampir berada di penghujungnya. Semoga tarbiyyah Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah.


Baca selanjutnya...

Program Ziarah Ihya Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Fitrah, Kundang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 27 April 2022 (Rabu), bersamaan 25 Ramadan 1443H, Pejabat Operasi Gombak telah menganjurkan Program Ziarah Ihya Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Fitrah, Kundang, Rawang.

Selain menyantuni anak-anak yatim serta menyelami perasaan mereka menjelang lebaran, anggota POG yang hadir diketuai oleh Ketua POG, En. Frankie turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan duit raya kepada para penghuni yang disumbangkan oleh warga POG.

Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah ini dihuni lebih 30 orang anak-anak yatim. Walau bagaimanapun ketika lawatan, kebanyakan anak-anak masih berada di sekolah.





Semoga Ramadan membawa seribu satu kebaikan buat kita semua.

Baca selanjutnya...

Survei Bazar Aidilfitri 2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Menjelang Syawal yang bakal menjelang tiba, pasti ada Bazar Aidilfitri bagi memudahkan orang ramai membeli-belah keperluan menyambut hari raya. 

Bermula dari 14-29 April 2022, anggota Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor telah membuat lawatan ke gerai-gerai terpilih untuk melaksanakan Survei Bazar Aidilfitri di sekitar kawasan liputan operasi POG.

Tujuan utama survei ini dijalankan adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan nilai jualan semua Bazar Aidilfitri yang beroperasi di seluruh Malaysia.


Bazar Aidilfitri Taman Sri Gombak 

Bazar Aidilfitri Selayang Mall 

Bazar Aidilfitri Bandar Utama Batang Kali


Baca selanjutnya...

25 Apr 2022

Ceramah Agama Sempena Ramadan 1443H

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

25 April 2022 / 23 Ramadan 1443H - Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan ceramah  pengisian rohani sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.




tekun mendengar

    cenderahati

Semoga semua warga POG yang telah turut serta dalam majlis ilmu tersebut termasuk yang mengikuti secara dalam talian mendapat rahmat dari Allah S.W.T. 



Baca selanjutnya...

23 Apr 2022

Majlis Berbuka Puasa POG 2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 23 April 2022 bersamaan 21 Ramadan 1443H (Sabtu), Pejabat Operasi Gombak telah meneruskan tradisi mengadakan Majlis Berbuka Puasa yang melibatkan anggota dan ahli keluarga Pejabat Operasi Gombak setelah 2 tahun tidak dapat menganjurkannya kerana pandemik Covid-19.


Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama anggota dan ahli keluarga masing-masing. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah DOSM Selangor, Puan Hartini binti Yaacob serta beberapa orang pegawai lain dari Shah Alam bersama ahli keluarga masing-masing.

persiapan...

kita bakor...

sebahagian warga POG bersama tetamu jemputan...

sebahagian keluarga besar POG...





selesai mengemas...

Terima kasih dan syabas kepada semua AJK dan warga Pejabat Operasi Gombak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. 




Baca selanjutnya...

20 Apr 2022

Survei Bazar Ramadan 2022

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bila tiba bulan Ramadan, pasti ada bazar Ramadan. Sempena bulan Ramadan mulai 3 April sehingga 2 Mei 2022, anggota Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor telah membuat lawatan ke gerai-gerai terpilih untuk melaksanakan Survei Bazar Ramadan di bazar-bazar Ramadan terpilih di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPSJ) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).



Tujuan utama survei ini dijalankan adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan nilai jualan semua bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh Malaysia.









Selesai menjalankan tugas, sempat juga anggota POG membeli juadah lazat untuk berbuka. Jom sama-sama kita dapatkan juadah berbuka di bazar Ramadan yang berhampiran.
 


Baca selanjutnya...

1 Apr 2022

Majlis Bacaan Yasiin, Ceramah Ihya Ramadan & Perjumpaan Pengarah bersama semua anggota DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1 April 2022 (Jumaat) : Majlis Bacaan Yasiin, Ceramah Ihya' Ramadan dan Perjumpaan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (DOSM Selangor), Puan Hartini binti Yaacob bersama warga DOSM Selangor telah diadakan bertempat di Dewan MBSA Seksyen 13, Shah Alam. 

Turut hadir ialah Encik Sharuddin bin Shafie, Timbalan Pengarah DOSM Selangor dan Encik Mohd Suhaidi bin Abdul Rais, Ketua Penolong Pengarah DOSM Selangor. Seluruh warga DOSM Selangor termasuk dari Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Pejabat Operasi Gombak (POG) hadir pada majlis ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Kahfi dan Yasiin diikuti dengan ceramah Ihya Ramadan oleh penceramah jemputan Ustaz Norazan Bin Abdul Rahman anjuran Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial (KSKS) DOSM Selangor bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba. 





Seterusnya pada majlis ini yang merupakan perjumpaan kali pertama dengan semua warga DOSM Selangor sejak dilantik sebagai Pengarah pada 14 Mac 2022, Puan Hartini telah menyampaikan amanat, nasihat dan pesanan agar semua warga dapat bekerjasama dan melaksanakan kerja dengan baik. Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba juga, Puan Hartini berpesan agar semua warga kerja DOSM Selangor dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik, sucikan hati dan sentiasa menjaga solat.

Pada majlis ini juga, Encik Sharuddin bin Shafie, Timbalan Pengarah DOSM Selangor yang bakal bertukar ke Bahagian Perangkaan Petunjuk Ekonomi berkuatkuasa 1 April 2022, memberikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga atas kerjasama sepanjang perkhidmatan beliau sejak 1 November 2018 hingga sekarang. Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Encik Sharuddin atas khidmat dan jasa bakti beliau kepada DOSM Selangor.



Majlis bersurai pada jam 12.00 tengah hari selepas menikmati jamuan makan tengah hari.

Baca selanjutnya...

Selamat Datang Pn. Wan Roslida, Timbalan Pengarah baharu DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tahniah kepada Pn. Wan Roslida binti Othman atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor menggantikan En. Sharuddin bin Shafie yang bertukar ke Bahagian Petunjuk Ekonomi, Ibu Pejabat Putrajaya.

Semoga dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan meningkatkan perkhidmatan statistik ke peringkat yang lebih tinggi kepada negara.


Selamat datang ke DOSM Selangor dari seluruh warga kerja Pejabat Operasi Gombak.



Terima kasih En. Sharuddin atas segala jasa sepanjang perkhidmatan sebagai Timbalan Pengarah DOSM Selangor bermula 1 November 2018 hingga 31 Mac 2022 di DOSM Selangor...
Selamat maju jaya...

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.