Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

25 Apr 2023

Selamat Datang Puan Noriza

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 25 April 2023, Puan Noriza bt Ali, Pembantu Perangkaan Gred E26 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak, bagi mengisi perjawatan E26 yang telah lama kosong sejak En. Nadarajah bersara.


Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia sejak tahun 1997, sebelum ini beliau bertugas di Bahagian Perangkaan Pertanian & Alam Sekitar (BPAS), Ibu Pejabat DOSM Putrajaya.

POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Puan Noriza ke dalam keluarga POG, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.

Baca selanjutnya...

14 Apr 2023

Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Infak Ramadan KSKS 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 14 April 2023 bersamaan 24 Ramadan 1444H, Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial DOSM Selangor (KSKS) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Infak Ramadan bersama ahli-ahli kelab dan juga keluarga termasuk dari Pejabat Operasi Gombak dan Pejabat Operasi Kajang.

Kelab POG yang bernaung di bawah KSKS turut berkesempatan menghantar wakil ke majlis tersebut, yang dimeriahkan dengan kehadiran Puan Pengarah DOSM Selangor, Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah. Turut hadir adalah Ketua Pejabat Operasi Gombak dan Ketua Pejabat Operasi Kajang.

Sementara menunggu waktu berbuka, Puan Pengarah turut berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada para peserta Majlis Khatam Al-Quran serta sumbangan Kotak Kongsi Rezeki Imarah Ramadan hasil infak warga DOSM Selangor kepada ahli kelab yang layak. 











Ramadan pun sudah hampir berada di penghujungnya. Semoga tarbiyyah Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Baca selanjutnya...

Ceramah Agama Sempena Ramadan 1444H

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

14 April 2023 / 24 Ramadan 1444H - Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan ceramah  pengisian rohani sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.







Semoga semua warga POG yang telah turut serta dalam majlis ilmu tersebut termasuk yang mengikuti secara dalam talian mendapat rahmat dari Allah S.W.T. 

Baca selanjutnya...

10 Apr 2023

Banci Ekonomi 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Banci Ekonomi 2023 telah bermula ‼️

Tahukah anda apakah tujuan Banci Ekonomi dijalankan?

Data yang diperolehi daripada banci ini digunakan sebagai:
1️⃣   Input kepada pembangunan ekonomi negara
2️⃣   Perancangan strategi perniagaan
3️⃣   Penandaarasan baru bagi statistik ekonomi



Oleh itu, marilah bersama-sama dengan kami dalam memastikan objektif dan hasrat ini tercapai dengan jayanya. Maklumat anda penentuan dasar ekonomi negara kita.  

“Data Pemangkin Ekonomi Negara”


Baca selanjutnya...

8 Apr 2023

Majlis Berbuka Puasa POG 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 8 April 2022 bersamaan 17 Ramadan 1444H (Sabtu), Pejabat Operasi Gombak telah meneruskan tradisi mengadakan Majlis Berbuka Puasa di ruang pejabat yang melibatkan anggota Pejabat Operasi Gombak bersama ahli keluarga.

Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama anggota dan ahli keluarga masing-masing. 





barisan PPP yang pernah dan sedang berkhidmat di POG

ucapan KPO

ucapan Pengerusi K-POG

















Terima kasih dan syabas kepada semua warga Pejabat Operasi Gombak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis yang meriah ini. 

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.