Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

19 Jun 2012

Selamat Datang Wan Faizal

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Satu kekosongan jawatan E17 di P.O Gombak yang ditinggalkan oleh Abdillah b. Yusop sejak 18 Ogos 2011, akhirnya kini terisi juga.

Mulai 18 Jun 2012, seorang anggota ibu pejabat JP Selangor di Shah Alam iaitu Wan Ahmad Faizal b. Wan Ibrahim mula melapor diri bertugas di P.O Gombak.

Sebenarnya beliau yang menetap di Bukit Beruntung telah lama memohon untuk bertukar ke P.O.G kerana khabarnya tidak sanggup lagi berulang-alik sejauh kira-kira 130 km (pergi balik) dari Bukit Beruntung ke Shah Alam setiap hari selama lebih 4 tahun.

Seiring dengan penghijrahan ini, diharapkan beliau akan lebih bersemangat padu lagi jitu dalam setiap tugasan di tempat baru ini.

Dalam pada itu, beliau juga kini telah sah menjadi ahli baru K-POG, maka janganlah malu-malu apabila didatangi Bendahari kelab iaitu En. Azizol yang akan datang beramah-mesra dengan semua ahli setiap kali hari gaji...hehe.

Kami di P.O.G amat mengalu-alukan kedatangan beliau ke sini.

Selamat datang ke P.O.G, We Peja!
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.