Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

15 Aug 2015

Majlis Perpisahan Puan Yusnida

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari Jumaat, 14 Ogos 2015, serentak dengan majlis jamuan Aidilfitri, Kelab POG telah juga menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Yusnida bt Yusoff, yang kembali bertukar suka sama suka 3 penjuru ke ibu pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, Shah Alam mulai 17 Ogos 2015...

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua POG, En. Frankie oleh yang merakamkan penghargaan atas khidmat cemerlang sepanjang Puan Yusnida berkhidmat di POG. 



 Seterusnya Puan Yusnida dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang beliau berada di POG. Setelah lebih 2 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau.



Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran dan mendoakan beliau akan terus maju jaya serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang.


Mujur tidaklah jauh sangat beliau bertukar. Ada masa kami ke Shah Alam, insya Allah kita akan berjumpa lagi.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.