Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

9 Oct 2015

Minggu Pembudayaan Inovasi & Kreativiti (MPIK) dan Hari ICT 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Jabatan Perangkaan Malaysia telah berjaya melaksanakan Minggu Pembudayaan Inovatif dan Kreatif (MPIK) dan Hari ICT bermula dari 5-8 Oktober 2015 bertempat di Dewan Sigma, ILSM, Sungkai, Perak.

MPIK dan Hari ICT yang bertemakan "Inovasi Teras Transformasi Statistik" diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian maklumat kepada semua warga Jabatan berkaitan inovasi statistik.

Di antara aktiviti pengisian minggu tersebut ialah Pra-Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan 2015 yang telah dijalankan dari 5 hingga 7 Oktober 2015. Sebanyak 29 kumpulan dari pelbagai Bahagian dan JP Negeri telah membuat pembentangan, persembahan dan pameran. Majlis penutup pula telah diadakan pada 8 Oktober 2015 (Khamis). 

Setinggi tahniah kepada wakil KIK JP Selangor, yang memilih nama Kumpulan Krinov kerana berjaya menduduki tempat ke-4 kategori teknikal seterusnya berjaya ke Konvensyen KIK Jabatan 2016. Kumpulan tersebut yang turut diwakili oleh Ketua P.O Gombak, En. Frankie anak Albert Antau telah membangunkan sistem bagi menyelesaikan permasalahan sempadan dan lokaliti. Sistem ini dapat menentukan kedudukan pertubuhan dan tempat kediaman secara lebih tepat dan terperinci.
























 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.