Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

1 Dec 2015

Audit Promosi EKSA

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010). EKSA bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistem kerja yang bersistematik dan mengutamakan keselamatan seterusnya meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat.

Pada 18 November 2015, telah dijalankan Audit Promosi EKSA bagi menggalakkan amalan EKSA di JP Selangor. Keputusan audit tersebut telah diumumkan dalam satu majlis penganugerahan ringkas dan anugerah penghargaan tersebut disampaikan oleh Yang Berusaha Pengarah JP Selangor, Tuan Hj Ibrahim bin Jantan.

Setinggi tahniah buat semua warga Zon Santuari Kelah Sungai Chiling, P.O Gombak kerana berjaya memenangi 3 kategori iaitu Sudut EKSA Terbaik (tempat pertama), Pergerakan Pegawai Terbaik (tempat ketiga) dan Keseluruhan Terbaik (tempat ketiga).

sijil penghargaan

penyampaian sijil oleh Tuan Pengarah
gotong-royong




menyiapkan sudut EKSA

menyiapkan kotak barangan kitar semula
kemasan terakhir
sudut EKSA
akuarium ikan melambangkan Zon Santuari Kelah Sg Chiling

Semoga amalan EKSA ini dapat dikekalkan oleh seluruh warga POG bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas, ceria, kondusif dan selesa setiap masa seterusnya membantu meningkatkan semangat kerja berpasukan, disiplin dan profesionalisme di kalangan warga kerja POG.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.