Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

30 Nov 2020

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 30 November 2020 (Isnin) - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 DOSM Selangor telah berlangsung secara norma baharu mengikut SOP yang ditetapkan MKN bertempat di Hab MyCensus 2020 Selangor, Plaza Masalam Shah Alam.

Penyampaian Sijil Anugerah telah disempurnakan oleh Pengarah DOSM Selangor, YBrs. Tuan Muhammad Amri bin Idris.

Turut disampaikan adalah Anugerah Jasamu Dikenang kepada para pesara DOSM Selangor iaitu En. Ismail bin Arshad, Pn. Rohana bt Osman, Pn. Rohana bt Yaakob dan Pn. Selehah bt Sanusi.

Dalam majlis tersebut juga para hadirin berpeluang menghayati amanat daripada Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin secara maya.

Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua 15 orang penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 bagi DOSM Selangor, khususnya kepada dua anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Nadarajah a/l P.Pavadi dan Pn. Nur Al-Kauthar bt Burhan


Gegar APC 2019 diangkat sebagai tema penganjuran pada tahun ini... saksikan video ala-ala program Gegar Vaganza yang disediakan oleh jawatankuasa penganjur Majlis APC ini...



Semoga kejayaan dan kecemerlangan mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.