Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

1 Apr 2022

Majlis Bacaan Yasiin, Ceramah Ihya Ramadan & Perjumpaan Pengarah bersama semua anggota DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1 April 2022 (Jumaat) : Majlis Bacaan Yasiin, Ceramah Ihya' Ramadan dan Perjumpaan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (DOSM Selangor), Puan Hartini binti Yaacob bersama warga DOSM Selangor telah diadakan bertempat di Dewan MBSA Seksyen 13, Shah Alam. 

Turut hadir ialah Encik Sharuddin bin Shafie, Timbalan Pengarah DOSM Selangor dan Encik Mohd Suhaidi bin Abdul Rais, Ketua Penolong Pengarah DOSM Selangor. Seluruh warga DOSM Selangor termasuk dari Pejabat Operasi Kajang (POK) dan Pejabat Operasi Gombak (POG) hadir pada majlis ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Kahfi dan Yasiin diikuti dengan ceramah Ihya Ramadan oleh penceramah jemputan Ustaz Norazan Bin Abdul Rahman anjuran Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial (KSKS) DOSM Selangor bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba. 





Seterusnya pada majlis ini yang merupakan perjumpaan kali pertama dengan semua warga DOSM Selangor sejak dilantik sebagai Pengarah pada 14 Mac 2022, Puan Hartini telah menyampaikan amanat, nasihat dan pesanan agar semua warga dapat bekerjasama dan melaksanakan kerja dengan baik. Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba juga, Puan Hartini berpesan agar semua warga kerja DOSM Selangor dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik, sucikan hati dan sentiasa menjaga solat.

Pada majlis ini juga, Encik Sharuddin bin Shafie, Timbalan Pengarah DOSM Selangor yang bakal bertukar ke Bahagian Perangkaan Petunjuk Ekonomi berkuatkuasa 1 April 2022, memberikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga atas kerjasama sepanjang perkhidmatan beliau sejak 1 November 2018 hingga sekarang. Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Encik Sharuddin atas khidmat dan jasa bakti beliau kepada DOSM Selangor.



Majlis bersurai pada jam 12.00 tengah hari selepas menikmati jamuan makan tengah hari.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.