Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

3 Sept 2022

Road to SSK 2022 : Perlawanan Persahabatan DOSM Selangor vs DOSM Wilayah Persekutuan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

3 September 2022 (Sabtu) - Perlawanan persahabatan antara DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan telah diadakan bertempat di Arena Stadium MBSJ, Subang Jaya. Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk memilih pemain-pemain
terbaik
bagi mewakili pasukan Zon Tengah dalam Sukan Statistik Kebangsaan yang bakal menjelang bulan depan.
Antara acara yang dipertandingkan:
Bola Sepak
Bola Jaring
Bola Tampar (L&W)
Sepak Takraw
Olahraga (L&W)

senamrobik dulu...












Acara pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan meriah. Boleh dikatakan semua bersemangatlah!! Semoga dengan adanya program seperti ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah antara DOSM Selangor dan DOSM WPKL.


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.