Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

1 Oct 2022

Road to SSK 2022 : Perlawanan Persahabatan Futsal : DOSM Selangor vs DOSM Wilayah Persekutuan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1 Oktober 2022; Frenzy Arena Seksyen 16, Shah Alam

Perlawanan persahabatan antara DOSM Selangor VS DOSM Wilayah Persekutuan KL & Labuan diadakan bertujuan untuk memilih pemain
terbaik
bagi mewakili pasukan Futsal Zon Tengah dalam Sukan Statistik Kebangsaan yang bakal menjelang tak lama lagi.
Sengit juga pemilihan pemain futsal kali ni…Ramai pemain yang hebat-hebat beraksi dalam perlawanan persahabatan ni. Katanya ramai penyokong berpindah ke gelanggang wanita…betul ke?? Hahaha..Seronok kan tengok kakak dan abang DOSM Zon Tengah lincah beraksi dalam gelanggang..







Apa-apa pun tahniah kepada pemain-pemain yang telah terpilih khususnya dari POG!
ZON TENGAH BOLEH!!!

Sumber : FB DOSM Selangor
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.