Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

22 Mar 2023

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-22 Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial (KSKS) DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

22 Mac 2023 (Rabu) : Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-22 Kelab Sukan Kebajikan Sosial (KSKS) Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (DOSM Selangor) telah diadakan bertempat di Dewan Ballroom Institut kesihatan Negara (NIH), Setia Alam.


Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

1)   Ucapan Pengerusi KSKS Sesi 2021/2022;

2)   Pembentangan dan meluluskan Laporan Tahunan & Laporan Kewangan KSKS Tahun 2021/2022;

3)   Pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) KSKS Sesi 2021/2022;

4)   Pemilihan AJK KSKS Sesi 2023/2024.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK KSKS Sesi 2021/2022 yang telah mencurah khidmat bakti berkorban masa dan tenaga demi melaksanakan agenda KSKS DOSM Selangor. Jasamu dikenang!



Seramai 14 pegawai dan anggota tetap DOSM Selangor telah diundi oleh majoriti ahli KSKS sebagai AJK KSKS Sesi 2023/2024








Tahniah di atas pemilihan dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sebagai Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan Kebajikan Sosial DOSM Selangor  (KSKS).
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.