Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

8 Aug 2023

Sesi Libat Urus Bersama FELDA Selangor Bagi Persediaan Banci Pertanian 2024

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SESI LIBAT URUS BERSAMA FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY (FELDA) NEGERI SELANGOR BAGI PERSEDIAAN BANCI PERTANIAN 2024
8 Ogos 2023 – Satu sesi libat urus di antara Federal Land Development Authority (FELDA) Negeri Selangor dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah diadakan melibatkan Puan Hartini binti Yaacob; Pengarah DOSM Negeri Selangor dan Encik Hasrin bin Ismail; Pengarah, Pembangunan Pertanian dan Ternakan, & Encik Mohammaad Nazri bin Jamaluddin; Pengarah, Pembangunan Usahawan (FELDA) Negeri Selangor.

Turut serta bersama di dalam sesi ini ialah beberapa pegawai dari DOSM Negeri Selangor termasuk Ketua Pejabat Operasi Gombak; En. Frankie Albert Antau serta beberapa pegawai dari FELDA Negeri Selangor.






Sesi pertemuan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi dan menghebahkan pemakluman awal berkaitan Banci Pertanian yang akan dilaksanakan oleh DOSM pada tahun 2024.
Perbincangan berilmiah ini juga memberi input yang sangat bermanfaat bagi membantu perancangan operasi dalam menjalankan Banci Pertanian 2024 dan memperkukuhkan lagi pembangunan rangka pertanian di negeri Selangor bagi melaksanakan Banci Pertanian 2024 nanti.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.