Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

3 Jan 2012

Selamat Datang Pn. Linda

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera. 


Jawatan Penolong Pegawai Perangkaan(PPP) E27 di P.O Gombak ni boleh dikatakan jawatan yang agak panas. Bermula dengan Cik Norhafiza bt. Mohamed Rashid (kini Puan) ketika POG mula diwujudkan pada Ogos 2008 hingga Januari 2010 apabila beliau menjawat jawatan baru dengan LPPKN di Sabah.

Kemudian jawatan tersebut agak lama kosong, dengar ceritanya ada pegawai yang ditukar ke POG namun tak jadi datang atas sebab-sebab yang tak diketahui. Keadaan ini berlarutan lebih setahun hinggalah akhirnya pada Mac 2011, POG mendapat PPP E27 baru iaitu En. Mohd Damanhuri b. Abdul Aziz yang sebelum ini bertugas di HQ Putrajaya.


Bagaimanapun jodoh En. Damanhuri di POG juga tak panjang apabila beliau bertukar suka sama suka dengan Pn. Norazlinda bt. Ramli ke Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai. Begitulah panasnya jawatan PPP E27 di POG apabila dalam masa lebih kurang 3 tahun... ada 3 orang berlainan menjawat jawatan tersebut. Adakah bila masuk tahun ke 4 nanti akan ada orang ke-4? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Tiga perenggan di atas sebenarnya hanyalah intro. Tujuan sebenarnya hanyalah satu perenggan ini sahaja, iaitu untuk mengucapkan selamat datang kepada Pn. Linda ke POG. Diharapkan beliau yang sebelum ini bertugas di Bahagian Latihan, Putrajaya (kini ILSM) dapatlah bertahan lama di POG ini. Secara automatik juga beliau menjadi ahli Kelab POG yang baru... bersedialah dengan rela hati untuk menerima kedatangan bendahari kelab yang akan mengutip yuran bulanan. :)


Sekian terima kasih.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.