Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

12 Nov 2013

Hari Sahabat Statistik bersama Komuniti Taman Widuri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Pada 10 November 2013 (Ahad), bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, Pejabat Operasi Gombak dengan kerjasama Komuniti Taman Widuri 2 telah mengadakan Program Hari Sahabat Statistik bersama masyarakat bertempat di  Padang Taman Widuri 2, Bukit Sentosa, Rawang. 

Program ini diadakan buat julung-julung kalinya di peringkat Jabatan Perangkaan Malaysia, dan P.O Gombak menjadi pelopornya.

Objektif program ini adalah seperti berikut:


  •       Mempromosi serta memperkenalkan Jabatan Perangkaan Malaysia khususnya PO Gombak di kalangan isi rumah terutama di kawasan yang sukar mendapat kerjasama dalam penyiasatan rutin dijalankan oleh jabatan.
  •       Menjalinkan kerjasama yang baik antara Jabatan dan komuniti agar kepentingan data statistik dapat disebarkan.
  •       Selain itu, pameran  bagi memperkenalkan produk/penyiasatan yang dijalankan oleh Jabatan khususnya Penyiasatan Isi Rumah.


Program ini dianggarkan telah dihadiri oleh 150 orang penduduk Taman Widuri dan penduduk sekitarnya. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-


  •     Pameran – produk/penyiasatan Jabatan Perangkaan serta booth kuiz yang menyediakan 20 unit hadiah
  •       Booth ’rent survey’ (pendaftaran sewa rumah)
  •       Ceramah berkenaan Jabatan Perangkaan  
  •       Sukaneka
  •       Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
  •       Cabutan bertuah
  •       Pertandingan tarik tali antara Jabatan & Komuniti


Saksikan kemeriahan sepanjang program berlangsung :

pembuka acara... senamrobik
pendaftaran para tetamu
ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan doa
ucapan aluan ketua POG, En Frankie anak Albert Antau
ucapan Pengerusi Komuniti taman Widuri 2, En Muhamed Nizam b. Sanan
ucapan dan perasmian oleh Pengarah JP Selangor, Tn. Hj. Ibrahim b Jantan
penyampaian cenderahati kepada pihak komuniti
para hadirin
pameran dan kuiz
sukaneka dan pertandingan mewarna
pertandingan tarik tali menentang  pasukan komuniti Taman Widuri 2

penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

sebahagian krew

tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program


Ucapan tahniah dari Ketua P.O Gombak, En. Frankie anak Albert Antau :
Tahniah diucapkan kepada semua Warga POG kerana telah berjaya menganjurkan Program Sahabat Statistik pada 10 November 2013 yang lepas di Taman Widuri, Bukit Sentosa Rawang. Terima kasih juga saya ucapkan atas komitmen padu yang telah ditunjukkan oleh semua dalam menjayakan program ini. Bukan mudah hendak menganjurkan program seperti ini tetapi dengan adanya kerjasama yang telah diberikan oleh semua sekali telah berjaya menjadikan segala usaha dan penat lelah kita berbaloi dengan adanya respon positif daripada masyarakat di Taman Widuri. Syabas dan saya bangga dengan semua Warga POG. Terima kasih juga atas segala sokongan tuan/puan.



































 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.