Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

11 Mar 2015

Anis Zulaikha selamat dilahirkan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan tahniah kepada En. Abdul Rahim b. Shaharuddin dan isteri beliau, sempena kelahiran anak kedua mereka yang dinamakan Anis Zulaikha bt Abdul Rahim.

Bayi seberat 3.34 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Kemaman, Terengganu pada hari Selasa, 2.34 petang, 10 Mac 2015. Kebetulan pula sama tarikh lahir dengan ayahnya. 



Ketua POG menyampaikan sumbangan kelahiran

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.