Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

14 Jan 2016

Majlis Perpisahan En.Azizol

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari Khamis, 14 Januari 2016, Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk En.Azizol bin Harun, Pembantu Perangkaan E17 yang akan bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan mulai 17 Januari 2016.

Majlis ringkas ini dimulakan dengan ucapan  oleh Ketua POG, En.Frankie yang merakamkan penghargaan atas khidmat cemerlang sepanjang En. Azizol berkhidmat di POG. 

Seterusnya
En. Azizol dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang beliau berada di POG. Setelah kira-kira 7 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau. 

Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mendoakan beliau akan terus maju jaya, dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau sekeluarga di tempat yang baru serta berjaya mengejar  segala impian di masa akan datang.

menyerahkan tugas selaku Bendahari KPOG kepada Puan Ayu
ucapan penghargaan oleh En. Frankie



ucapan pegawai yang diraikan


Majlis diakhiri dengan acara persembahan multimedia, penyampaian cenderahati, memotong kek,  dan sudah tentulah acara kemuncaknya adalah makan-makan. 





Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

 
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.