Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

21 Oct 2017

Sambutan Hari Statistik Negara 2017 POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan majlis sambutan Hari Statistik Negara 2017 yang disambut pada 20 Oktober setiap tahun. Majlis sambutan yang berkonsepkan hari terbuka tersebut telah dihadiri oleh komuniti sekitar Pusat Perniagaan Reef, Rawang serta penduduk kampung dan taman berdekatan.

Program sambutan Hari Statistik Negara bertemakan “Data Berkualiti. Kehidupan Sejahtera” atau “Better Data. Better Lives” ini merupakan inisiatif bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan data statistik dalam kehidupan dan merakyatkan statistik di kalangan masyarakat Malaysia.



Pelbagai program dan aktiviti di peringkat kebangsaan, negeri sehingga kepada komuniti di peringkat daerah telah disusun bagi memeriahkan sambutan ini. Sambutan ini, secara tidak langsung juga memberi peluang untuk mempamerkan pencapaian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan tugas warga statistik dalam membantu pembuat dasar negara seterusnya membolehkan rakyat dan negara membuat pilihan dan keputusan terbaik untuk kehidupan lebih sejahtera.

 ruang infografik & photo booth

 ruang pameran produk-produk Jabatan

sebahagian komuniti yang hadir

Warga Jabatan

Tahniah dan syabas kepada semua warga Pejabat Operasi Gombak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis sambutan ini.

“Selamat menyambut Hari Statistik Negara” untuk seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) umumnya dan warga Pejabat Operasi Gombak khususnya.

“Data Berkualiti, Kehidupan Sejahtera”
“Better Data. Better Lives”

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.