Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

28 Jul 2019

Kembara ISI-WSC 2019 di Bukit Ampang dan Santuari Ikan Sungai Chiling

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kongres dwitahunan ISI- World Statistic Congress ke-62 (ISI-WSC 2019) akan berlangsung dari  18-23 Ogos 2019. Pada tahun ini Malaysia akan menjadi tuan rumah persidangan yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC. Dijangka lebih 2500 delegasi statistik dari seluruh dunia akan menghadiri kongres ini.

Selaku penganjur bersama, DOSM turut menyemarakkan lagi promosi menjelang berlangsungnya kongres tersebut dengan mengadakan acara jelajah bendera Kembara ISI-WSC 2019 meliputi DOSM seluruh negara.

Pada 19 Julai 2019, penyerahan bendera Kembara ISI-WSC 2019 kepada Pejabat Operasi Kajang (POK), DOSM Selangor daripada DOSM Negeri Sembilan menandakan bermulanya Kembara ISI-WSC 2019 Peringkat DOSM Selangor. Program ini telah disempurnakan di Broga, Negeri Sembilan, pekan sempadan antara Negeri Sembilan dan Selangor.

Pada 25 Julai 2019 (Khamis), Kembara ISI-WSC 2019 diteruskan di peringkat Pejabat Operasi Gombak (POG) dengan acara penerimaan  bendera Kembara ISI-WSC 2019 dari POK yang dijalankan di Bukit Ampang, Hulu Langat, sempadan operasi antara POG dengan POK.


 berkonvoi dari POG ke Bukit Ampang

 selamat sampai...

 sebahagian warga POK...

 orang kuat POG...

 Ketua POK, En. Mohd Shahrill  & Ketua POG, En. Frankie 


penyerahan bendera dari POK kepada POG


Seterusnya pada 27 Julai 2019 (Sabtu), POG telah mengadakan pula program trekking/FitDOSM bertempat di Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor. Setelah bermandi peluh selama kira-kira 45 minit untuk tiba di Air Terjun Sg Chiling, diadakan pula acara simbolik program ini iaitu penyerahan bendera Kembara ISI-WSC 2019 oleh POG kepada DOSM Selangor, Ibu Pejabat Shah Alam. 


 pintu masuk santuari

 wakil DOSM Selangor... diketuai oleh Tuan Pengarah, En. Muhammad Amri b. Idris 
dan Ketua Penolong Pengarah, En. Mohd Suhaidi b. Abdul Rais...

 sebahagian warga POG

dah tak sabar-sabar nak trekking...

 basah kuyup meredah sungai 5 kali...

 biasanya wangi hari ni masam belaka...

 akhirnya tiba di air terjun

banyaknya ikan kelah/tengas

 peserta renang berirama membawa bendera...

bendera Kembara ISI-WSC 2019 selamat diserahkan...


Seterusnya selepas ini bendera Kembara ISI-WSC 2019 akan diserahkan pula kepada DOSM Wilayah Persekutuan.




 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.