Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

2 Dec 2019

Kejohanan Bolasepak 9-Sebelah MAKSWIP 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kejohanan Bolasepak 9-Sebelah MAKSWIP 2019 telah berlangsung di Padang Institut Pendidikan Guru (IPG), Kangar, Perlis. Seorang pemain dari POG iaitu Mohamad Zulrusdi Mohd Zain telah terpilih untuk mewakili pasukan bolasepak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM FC) menyertai kejohanan tersebut.


Berikut adalah keputusan perlawanan:

DOSM FC vs Jabatan Pendaftaran Negara (JPN HQ 'A'); tewas 0-2
DOSM FC vs FELDA FC, seri 0-0
DOSM FC vs Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); seri 0-0
DOSM FC vs Jabatan Peguam Negara (AG); seri 0-0

DOSM FC terkandas di peringkat kumpulan dengan hanya mengumpul 3 mata hasil 3 kali seri dan tewas sekali.Walau apa pun mereka telah melakukan yang terbaik. Tahniah buat semua pemain khususnya satu-satunya wakil POG, abang Zul kita. Kami semua bangga denganmu...


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.