Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

2 Dec 2019

Selamat Pengantin Baru, En. Shahrul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1 Disember 2019 (Ahad) - Ucapan Selamat Pengantin Baru kepada anggota POG, Mohd Shahrul bin Johari yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati beliau, Zaiton bt Mohd Sharif yang dilangsungkan di Dewan Desa Aman 1, Bukit Kerinci, KL.


Seluruh warga POG mengucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan kepada Shahrul dan isteri, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aamin Ya Rabbal 'Aalamiin.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.