Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

18 Mar 2022

Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Fadzly, En. Rahim, Pn. Siti Hajar & Pn. Nur Al-Kauthar

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa orang anggota POG di atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Perangkaan E19 ke Gred E22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1berkuatkuasa Julai 2021

Anggota-anggota tersebut adalah :

1. En. Mohd Fadzly b. Mohd Noor
2. En. Abdul Rahim b. Shaharuddin
3. Pn. Siti Hajar bt. Tajul Arus
4. Pn. Nur Al-Kauthar bt. Burhan



Sesi penyerahan surat lantikan telah diadakan di Ibu Pejabat DOSM Selangor dan disampaikan oleh Tuan Pengarah, En. Muhammad Amri bin Idris.



* Tiada gambar Pn. Siti Hajar (mengerjakan umrah) & Pn. Nur Al-Kauthar (bercuti)...



Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin 
dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada mereka untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.