Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

11 Mar 2022

Salam Perpisahan Pengarah DOSM Selangor, En. Amri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga POG merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris di atas perlantikan sebagai Pengarah DOSM Sabah berkuatkuasa 14 Mac 2022.


Pada 11 Mac 2022 (Jumaat), Tuan Pengarah sempat hadir ke POG bagi menyampaikan amanat dan mengucapkan salam perpisahan kepada warga POG dalam satu majlis ringkas.



Kami warga POG ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas segala jasa, nasihat, tunjuk ajar dan sumbangan yang telah beliau curahkan kepada DOSM Selangor khususnya kepada warga POG sejak menjawat jawatan Pengarah DOSM Selangor pada 16 Mac 2017

Mohon maaf atas segala keterlanjuran tingkah laku mahupun tutur kata yang menyinggung perasaan. 

Kami turut mendoakan semoga En. Amri dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, dipermudahkan segala urusan serta terus maju jaya dan lebih cemerlang dalam menjalankan tugas mentadbir DOSM Sabah nanti.


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.