Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

11 Jun 2024

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Dan Jasamu Dikenang Zon Tengah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

11 Jun 2024 (Selasa) : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 & Jasamu Dikenang 2024 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Zon Tengah telah selesai diadakan bertempat di Hotel Concorde Shah Alam.

Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin; Ketua Perangkawan Malaysia. Turut hadir ialah Puan Hartini binti Yaacob; Pengarah DOSM Selangor dan Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa; Pengarah DOSM Wilayah Persekutuan.

Pada majlis ini, seramai 29 orang pegawai tetap dan 14 pegawai Personal My-Step (PMS) DOSM Zon Tengah menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Turut diraikan pada majlis ini ialah 3 orang pesara DOSM. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para pesara DOSM atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan demi melaksanakan visi dan misi DOSM. Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.


Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023, khususnya kepada anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Mohd Rashid bin Ahmad, Pembantu Perangkaan E19 yang kini telah bertukar ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, berkuatkuasa 4 Mac 2023. 

Tahniah juga kepada wakil PMS POG yang turut menerima anugerah cemerlang iaitu Cik Nur Farahin bt Mohamad Radzi. Semoga kecemerlangan prestasi mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain untuk berkhidmat lebih cemerlang seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.



Ucapan Perasmian

Gimik perasmian

Penerima APC DOSM Selangor
(klik gambar untuk paparan lebih kelas)

Penerima APC DOSM Wilayah Persekutuan
(klik gambar untuk paparan lebih kelas)

Penerima APC POG... Tahniah Farahin

Sekalung penghargaan dan syabas juga buat team POG dan Unit Prosesan dan Analisis yang telah diamanahkan tanggungjawab selaku Floor Manager dan AJK Protokol yang telah berjaya memastikan kelancaran perjalanan majlis ini.




POG Awesome!!!

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.