Pada 26 Oktober 2013, beberapa anggota P.O Gombak telah berkesempatan menyertai Larian Statistik (StatsRun) 2013 yang diadakan di Putrajaya. StatsRun 2013 merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JP) sempena meraikan Tahun Statistik Antarabangsa (IYOS) 2013.
Larian sejauh 3km/10km meliputi 7 kategori termasuk kategori Fun Run ini adalah terbuka kepada semua peringkat umur dengan penyertaan mencecah lebih 2000 orang. JP Selangor turut menghantar peserta seramai hampir 200 orang. Pelepasan peserta disempurnakan oleh YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Aktiviti-aktiviti menarik lain seperti kuiz statistik, pameran produk JP, pertandingan/permainan untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan asas serta cabutan bertuah turut diadakan untuk memeriahkan acara.
Dengan penganjuran program seperti ini, diharapkan pelbagai lapisan masyarakat dapat lebih memahami kepentingan statistik serta peranan mereka dalam memberi kerjasama dalam pengumpulan dan penghasilan statistik yang tepat untuk pembangunan negara, sambil turut mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.
Tahniah kepada semua anggota P.O Gombak khususnya yang sungguh bersemangat dan sanggup mengorbankan hari cuti dengan bangun sebelum subuh semata-mata untuk menyertai larian ini. Walaupun tidak menang serta agak bergelut dan berhempas pulas, alhamdulillah semuanya berjaya menamatkan larian.
sebelum... segar dan bersemangat |
panaskan badan... senamrobik dulu |
Maklumat lanjut sila layari web StatsRun 2013