Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

5 Oct 2013

Majlis Pelancaran Amalan 5S Pejabat Operasi Gombak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. 
Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.



Amalan 5S telah mula dipraktikkan di Ibu Pejabat JP Selangor, Shah Alam dan dalam proses menerima persijilan 5S oleh pihak MAMPU. Kini amalan 5S ini akan dipanjangkan pula ke kedua-dua P.O Gombak dan P.O Kajang. 

~ Di POG, satu mesyuarat telah diadakan pada 1 Oktober 2013, di mana mesyuarat telah membuat perlantikan Jawatankuasa Induk 5S - POG.


Penasihat : Tn. Hj. Ibrahim bin Jantan
Pengerusi : Pn. Norhashimah binti Haron

Timbalan Pengerusi : Pn. Norazlinda binti Ramli
Fasilitator : En. Frankie anak Albert Antau
Penyelaras : En. Ahmad Rahimi bin Abdullah
Setiausaha : Pn. Che Norfairos binti Che Omar

AJK Promosi : Cik Hazwani binti Abdullah
                Setiausaha :  En. Ali Bin Ahmad
                Jurugambar : En. Azizol Bin Harun

AJK Latihan : Pn. Raiham binti Abdullah
                Setiausaha : En. Mohd Afiq Aizzuddin Bin Wahab
                Bendahari : Pn. Nur Hidayu Binti Md Shukor

AJK Audit : Pn. ‘Ainun Sa’adah binti Hj. Abd Rahim 
En. Rozan bin Sulaiman

Ketua Zon 1: En. Haidzir bin Kidam

Ketua Zon 2 : Pn. Husna binti Khiri


~ Majlis Pelancaran Amalan 5S peringkat Pejabat Operasi Gombak telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

                        Tarikh              :           3 Oktober 2013 (Khamis)

                        Masa               :           9.00 pagi – 1.00 thari

                        Tempat           :           Bilik Taklimat/Latihan Sri Selayang, Aras 2,

                                                            Pejabat Operasi Gombak

selamat dilancarkan...



Timbalan Pengerusi, Fasilitator dan Penyelaras bersama Ketua Zon
Jawatankuasa Induk 5S POG
Jawatankuasa Induk & AJK 5S POG
trend terkini.... gaya bebas

Selepas ini, Jawatankuasa ini bercadang untuk membuat lawatan ke Jabatan Perangkaan Negeri Selangor, Shah Alam bagi melihat perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan kepada POG bagi mencapai 5S di peringkat Pejabat Operasi Gombak.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.