Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

26 Jan 2018

Lawatan Ketua Perangkawan Malaysia ke POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato' Sri Dr Mohd Uzir Mahidin telah mengadakan sesi walkabout ke Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor pada 25 Januari 2018. Lawatan ini turut disertai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan; Encik Saifuzzaman bin Abdul Rahman.

Warga POG sungguh berbesar hati kerana ini merupakan lawatan pertama YBhg. Dato' Sri Dr KP bagi sesi turun padang beliau ke pejabat operasi seluruh negara pada tahun 2018. 

Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato' Sri Dr KP menzahirkan penghargaan kepada Warga POG yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Beliau mengharapkan Warga POG bersedia menangani cabaran dalam menjalankan tugas ke arah negara yang lebih maju dan lebih tinggi tahapnya menjelang tahun 2020.

Menurut YBhg. Dato' Sri Dr KP, tugas anggota jabatan kini bukan lagi hanya sekadar mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyebarkan data, malah perlu juga meningkatkan hubungan dengan masyarakat dalam menyebarkan data statistik. Sebagai contoh, berkongsi infografik, data, produk-produk jabatan serta mempopularkan aplikasi jabatan iaitu MyLocal Stats dan BizCode@Stats dalam media sosial masing-masing. Kesannya masyarakat dari pelbagai lapisan dapat lebih memahami kepentingan statistik serta dapat menggunakan dan memanfaatkan data statistik untuk membuat keputusan atau tindakan yang lebih baik, selaras dengan usaha jabatan untuk merakyatkan statistik.













Akhir kata, YBhg. Dato' Sri Dr KP mengharapkan Warga POG menjaga kesihatan masing-masing dengan memperbanyakkan aktiviti senaman fizikal dan riadah, serta menggalakkan aktiviti Fit DOSM. Sesungguhnya mencegah penyakit lebih baik dari mengubati. Sesungguhnya juga kesihatan sangat penting dalam melahirkan warga Jabatan yang sihat dan cergas seterusnya meningkatkan kualiti dan produktiviti seseorang individu sama ada dalam keluarga mahupun Jabatan.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.