1 Mei 2019 (Rabu) - Kejohanan Futsal Tertutup Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, telah dianjurkan bertempat di Frenzy Sports Arena, Seksyen 16, Shah Alam.
Setiap seksyen dan pejabat operasi telah menghantar satu pasukan untuk menyertai kejohanan futsal ini. POG selaku juara bertahan tidak ketinggalan menghantar pasukan yang dirasakan mampu mempertahankan kejuaraan.
Acara pembukaan, penutup dan penyampaian hadiah turut diserikan dengan kehadiran Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris dan Timbalan Pengarah yang juga merupakan Pengerusi KSKS, En. Sharudin bin Shafie.
Senarai Pasukan:
1. POG Black Panther FC
2. Anak Antoo FC
3. Industri Power FC
4. Floor 19 FC
5. P.O Kajang FC
6. Services United
Kejohanan ini dijalankan secara liga sepusingan, di mana setiap pasukan bermain sebanyak 5 perlawanan, diikuti dengan 1 perlawanan penentuan kedudukan.
Tahniah kepada juara baru kejohanan, Anak Antoo FC yang menewaskan juara bertahan POG Black Panther dalam perlawanan akhir yang mendebarkan. POG hampir saja mempertahankan kejuaraan kerana mendahului 2-1, namun kelekaan saat akhir menyaksikan Anak Antoo FC berjaya menjaringkan gol penyamaan dan juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
ucapan perasmian oleh En. Sharudin
penyerahan piala oleh juara bertahan
para pemain
Industri Power FC... power ke?
Services United
kedudukan liga
perlawanan akhir
setelah menjadi juara 3 kali berturut-turut, kali ini POG cuma mampu menjadi naib juara
tahniah juara baru
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang sama-sama menjayakan kejohanan ini. Kepada pasukan yang tidak berjaya, masih ada ruang dan peluang dalam kejohanan akan datang. Yang penting, tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara kakitangan di samping memupuk budaya hidup sihat di kalangan anggota DOSM Selangor.