Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pada 25 Mei 2019, bersamaan 20 Ramadhan 1440 (Sabtu), POG telah meneruskan tradisi mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di pejabat POG bersama-sama Pengurusan Tertinggi DOSM Selangor dan anggota seisi keluarga.
Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anggota dan ahli keluarga masing-masing. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah; Encik Muhammad Amri bin Idris, Timbalan Pengarah; Encik Sharuddin bin Shafie serta beberapa orang pegawai lain dari Shah Alam serta ahli keluarga mereka
Sepatah Dua Kata
Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________