Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

31 May 2019

Program Khidmat Masyarakat di Pusat Jagaan Titian OKU Nur

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

30 Mei 2019 (Khamis)Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kembara ISI World Statistics Congress 2019. Program ini dijalankan di Pusat Jagaan Titian OKU Nur Batu 16, Rawang yang dihuni lebih kurang 70 orang penghuni OKU, warga emas dan anak-anak yatim. 

Program ini diadakan agar selari dengan tema Sustainable Development Goals (SDGs) ‘No One Leave Behind’ kerana setiap penghuni yang tinggal di rumah jagaan ini mempunyai hak untuk disayangi terutama pada musim perayaan yang bakal menjelma. 

Perkara ini amat dihargai oleh pengurus yang juga pengasas pusat jagaan ini, Puan Normah binti Adlan kerana menurut beliau, pusat ini bukan hanya mengharapkan sumbangan daripada orang ramai tetapi mereka juga mengharapkan agar ada insan yang sudi untuk meluangkan masa bersama penghuni yang ada di sini agar mereka tidak akan rasa terpinggir.



Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong membersihkan kawasan ruang tidur, ruang dapur dan persekitaran tempat kediaman berkenaan. Selain itu turut disampaikan juga sumbangan ikhlas hasil kutipan dari anggota Pejabat Operasi Gombak.











Semoga aktiviti ini akan dapat diteruskan secara rutin dan lebih ramai insan akan menyantuni warga Pusat Jagaan Titian OKU Nur ini.


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.