Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

3 Jan 2022

Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Rohaizad

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 
En. Rohaizad bin Mohamad Hashim atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Perangkaan Gred E22 secara hakiki berkuatkuasa 3 Januari 2022


Beliau kekal ditempatkan di Pejabat Operasi Gombak, di Unit Perkhidmatan & Kewangan.


Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.