Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

13 Jan 2022

Majlis Perpisahan Cik Syikin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada 13 Januari 2022 (Khamis), Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Cik Siti Norasyikin bt Mohd Ghani, Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 yang bertukar dan ditempatkan secara kader di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur berkuatkuasa mulai 4 Januari 2022.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah DOSM Selangor, YBrs. En. Muhammad Amri bin Idris.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua POG, En. Frankie, wakil anggota POG iaitu En. Ali dan En. Azeman serta En. Muhammad Amri yang berkongsi kenangan serta merakamkan penghargaan atas kepimpinan dan khidmat cemerlang sepanjang Cik Syikin berkhidmat di POG. 

Seterusnya Cik Syikin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang beliau berada di POG. Setelah lebih 8 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau. 










Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran serta merakamkan terima kasih tidak terhingga atas segala tunjuk ajar, teguran, dorongan dan nasihat yang telah beliau berikan dan mendoakan beliau akan terus maju jaya serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang.

Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi   



 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.