Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

24 Jan 2022

Kenaikan Pangkat: Tahniah Pn. Ainun

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 
Puan 'Ainun Sa'adah bt Hj Abdul Rahim di atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ke Gred N22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1berkuatkuasa 14 April 2021

Buat masa ini, beliau kekal ditempatkan di Pejabat Operasi Gombak.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.